◉ HEADLINES

Mahkamah Rayuan benarkan Anwar tangguh kes saman Yusoff Rawther

Penangguhan diberikan kerana wujud keadaan istimewa bagi membolehkan penangguhan dibenarkan

11:35 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan prosiding kes saman sivil yang difailkan terhadapnya oleh bekas pegawai penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther pada 2021.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali ketika membacakan keputusan sebulat suara itu berkata, ini kerana wujud keadaan istimewa.

“Kami mendapati bahawa penangguhan prosiding perlu diberikan kerana terdapat keadaan istimewa, terutamanya kerana tanpa penangguhan, rayuan akan menjadi tidak bermakna.

“Kami juga mendapati tiada prejudis terhadap mana-mana pihak,” katanya.

Anggota panel hakim yang lain ialah Hakim Datuk Wong Kian Kheong dan Datuk Lim Hock Leng.

Mahkamah menetapkan 2 September depan bagi pengurusan kes.

Pada prosiding hari ini, Anwar diwakili peguam Alan Wong Teck Wei dan Datuk Seri Rajasegaran S. Krishnan manakala Muhammed Yusoff diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali.

Pada 4 Jun lalu, Hakim Roz Mawar Rozain menolak permohonan untuk merujuk persoalan-persoalan itu atas alasan permohonan terbabit tidak mengandungi sebarang isu yang membolehkan ia dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Selain itu, hakim itu turut menyifatkan tindakan itu bertujuan mencipta kekebalan baharu yang tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan.

Anwar memfailkan permohonan untuk merujuk beberapa persoalan antaranya sama ada Perkara 39, 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan memberi Perdana Menteri kekebalan bersyarat daripada saman sivil. – 21 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related