HEADLINES

RCI Batu Puteh: tiada tindakan ke atas Tun M atas faktor usia ‘umur dah 100’

Anwar berkata walaupun kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan tindakan, ia tidak bermaksud kesalahan itu tidak berlaku

4:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kabinet memutuskan untuk tidak mengambil tindakan ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Pulau Batu Puteh yang dibangkitkan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atas faktor usia yang sudah lanjut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, meskipun beliau percaya kesalahan itu wujud dan besar, namun Jemaah Menteri tidak mengambil tindakan memandangkan Dr Mahathir sudah berusia 100 tahun.

“Kita ambil keputusan kerana dia melibatkan mantan Perdana Menteri yang umurnya 100 tahun. Apakah dia tak salah? Dia salah. Apakah perlu ambil tindakan?… di (mesyuarat) Jemaah Menteri saya bersetuju, jangan ambil tindakan. Kalau ambil tindakan, Kota Bharu juga yang akan jerit kata kita tidak adil.

“… umur dah 100 tahun… salah besar, tetapi kita tak payahlah teruskan,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang ingin tahu mengapa RCI Pulau Batu Puteh ditarik balik.

Bagaimanapun kata Anwar, walaupun kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan tindakan, ia tidak bermaksud kesalahan itu tidak berlaku.

“Bukan tuduh, itu memang perkara yang benar-benar berlaku,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Dr Mahathir.

Tindakan berkenaan merupakan antara yang disyorkan RCI dalam laporan setebal 217 muka surat yang diedarkan kepada Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Laporan RCI antaranya berpendapat Dr Mahathir berkemungkinan dengan sengaja mendorong Jemaah Menteri untuk tidak meneruskan kedua-dua permohonan berkaitan, walaupun ia bertentangan dengan pendapat perunding antarabangsa yang menyatakan bahawa terdapat asas dan kebarangkalian permohonan tersebut untuk berjaya.

Menurut laporan tersebut, siasatan jenayah boleh dimulakan ke atas bekas perdana menteri itu mengikut Seksyen 415 (b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun sama dan juga di bawah Seksyen 418 kanun sama. – 22 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Related