HEADLINES

Jangan perkecil pemberian RM100 SARA: Anwar

Perdana Menteri berkata walaupun jumlah itu kecil bagi golongan berpendapatan tinggi, namun ia amat bermakna buat rakyat di luar bandar serta golongan berpendapatan rendah

10:45 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak agar tidak meremehkan pemberian bantuan tunai tambahan sebanyak RM100 kepada rakyat berusia 18 tahun ke atas menerusi program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Menurut beliau, walaupun jumlah itu mungkin dianggap kecil bagi golongan berpendapatan tinggi, namun ia amat bermakna buat rakyat di luar bandar serta golongan berpendapatan rendah.

“(Semua kritik) RM100 saja, (tapi) kamu gaji RM40,000, RM20,000 sebulan. (Memang) RM100 itu tak ada apa, tapi saya tahu kalau kita pergi ke kampung (ada manfaatnya),” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa bagi sebuah keluarga miskin yang mempunyai dua anak dewasa dan pasangan suami isteri, bantuan tunai itu boleh mencecah RM400 dan jika ditambah dengan Sumbangan Tunai Rahmah sedia ada, jumlahnya boleh meningkat hingga RM700.

“…jadi jangan remehkan usaha kerana itu upaya kita (kerajaan) untuk tambah peruntukan sedia ada, daripada RM13 bilion ke RM15 bilion (tambahan RM2 bilion),” kata Anwar, lapor Bernama.

Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilaporkan sedia memulangkan bantuan RM100 sekali bayar yang bakal diterima melalui MyKad di bawah program SARA, bagi membolehkan dana terkumpul digunakan untuk menaik taraf sistem kesihatan serta pendidikan negara.

Beliau berkata, bagi tujuan tersebut, kerajaan dicadangkan mewujudkan satu mekanisme untuk rakyat yang tidak mahu atau tidak memerlukan bantuan SARA RM100 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, agar ia boleh ‘dipulangkan’ secara sukarela kepada kerajaan.

“Daripada membelanjakan wang untuk langkah populis kepada golongan yang mungkin tidak memerlukan, bukankah lebih baik digunakan untuk membantu rakyat yang benar-benar memerlukan dan menaik taraf sistem kesihatan serta pendidikan negara?” katanya menerusi perkongsian di Facebook semalam.

Beliau dalam pada itu turut membidas kenyataan sesetengah pihak yang mempertikaikan mengenai rasionalisasi subsidi petrol.

“Ketua parti pembangkang (Datuk Seri Hamzah Zainudin) sebut pasal apa nak bebankan mereka (warga asing)… saya rasa aneh, what do you do (apa kamu buat)? Boleh tegur dan kritik tiada masalah, (tapi) bukan kita dera mereka, bukan rampas hak mereka.

 “Kita tarik, tak bagi subsidi sebab di negara dia (warga asing) harga minyak lebih tinggi daripada RM2.50. Ya, di Singapura,Thailand, Indonesia semua lebih tinggi. Kita tarik subsidi itu kepada warga asing, itu pun salah juga,” tegas Anwar.

Semalam Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif utama sebagai tanda penghargaan Kerajaan Madani kepada rakyat, termasuk pemberian RM100 secara sekali beri di bawah program SARA, penangguhan kenaikan tol bagi 10 lebuh raya dan subsidi harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter. – 24 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related