HEADLINES

Pengangkutan awam jalan seperti biasa, rakyat berhak berhimpun: Anthony

Menteri Pengangkutan berkata kita tidak boleh kembali kepada zaman yang menindas demokrasi sehingga Parlimen pun ditutup

2:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani tidak pernah menghalang malah mempertahankan hak rakyat untuk berhimpun, termasuk mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Menurut Anthony, perkara itu termasuk perkhidmatan pengangkutan awam yang akan berjalan seperti biasa esok, tarikh berlangsungnya Himpunan Turun Anwar anjuran pembangkang.

“Saya telah mengarahkan agar semua pengangkutan awam termasuk stesen-stesen keretapi KTMB and Prasarana untuk terus beroperasi seperti biasa pada 26 Julai 2025.

“Kita tidak boleh kembali kepada zaman yang menindas demokrasi sehingga Parlimen pun ditutup.

“Yang lebih penting, pengangkutan awam kita harus terus berfungsi agar majoriti rakyat boleh menjalankan urusan hujung minggu tanpa diganggu oleh perhimpunan pembangkang,” katanya dalam satu perkongsian di Instagram miliknya hari ini.

Menurut beliau, bagi pengunjung yang akan datang ke ibu kota, jangan lupa Pas MY50 yang kini boleh diperbaharui secara atas talian melalui aplikasi Touch N’ Go.

Bagi setiap pas bernilai RM150, pengguna hanya membayar RM50, dengan RM100 subsidi kerajaan.

“Bagi yang datang ke ibu kota buat pertama kali, boleh menikmati perkhidmatan LRT, MRT, BRT, Monorel dan RapidBas tanpa had untuk sehari menggunakan MyCity Pass yang harganya hanya RM6. Pass ini akan kita digitalkan juga pada hujung tahun,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Polis Kuala Lumpur menjangkakan antara 10,000 hingga 15,000 peserta akan menyertai Himpunan Turun Anwar yang dijadual berlangsung pada 26 Julai ini.

Sehubungan itu, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad menasihatkan penganjur dan peserta agar mematuhi semua peraturan serta undang-undang sedia ada semasa berarak dan berhimpun.

“Penganjur iaitu Dewan Pemuda Pas telah memaklumkan mengenai perhimpunan tersebut kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Mohamed Usuf turut memaklumkan bahawa peserta dijangka berkumpul di empat lokasi utama iaitu Sogo, Masjid Jamek, Masjid Negara dan Pasar Seni, sebelum bergerak ke Dataran Merdeka. – 25 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

JDT’s Bergson set for Harimau Malaya debut as naturalisation nears completion

With Malaysia aiming to bolster its attacking firepower, Bergson Da Silva’s impending naturalisation offers a short-term solution ahead of key AFC Asian Cup qualifiers

Related