HEADLINES

Waspada pakej haji guna visa tidak sah, jangan tertipu dengan tawaran pihak tak bertanggungjawab

Kebenaran hanya diberikan kepada jemaah yang mempunyai visa haji sah, manakala visa bagi tujuan pelancongan, pekerjaan, perniagaan, pengajian, umrah dan sebagainya tidak dibenarkan kerajaan Arab Saudi

4:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan umat Islam Malaysia lebih berwaspada dengan sebarang pakej haji ditawarkan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan visa tidak sah.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, pemberian visa haji selain melalui kuota rasmi Malaysia, adalah hak mutlak kerajaan Arab Saudi.

Katanya, kebenaran memasuki kawasan Arafah, Mudzalifah dan Mina (Masyair) untuk menunaikan ibadat haji, hanya diberikan kepada jemaah yang mempunyai visa haji sah.

“Manakala visa lain bagi tujuan pelancongan, pekerjaan, perniagaan, pengajian, umrah dan sebagainya tidak akan dibenarkan Kementerian Haji dan Umrah Arab.

“Setiap kali tibanya musim haji, akan muncul segelintir pihak cuba membuat pelbagai tawaran visa dan pakej haji di luar kuota haji negara.

“Justeru, penting untuk orang ramai memeriksa dengan teliti terlebih dahulu setiap tawaran diberikan, termasuklah jenis visa digunakan,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, kerajaan Arab Saudi giat memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kecekapan prosedur musim haji, demi kelancaran proses ibadat dan keselamatan jemaah haji seluruh dunia.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, kebenaran memasuki kawasan Arafah, Mudzalifah dan Mina (Masyair) bagi menunaikan ibadat haji hanya diberikan kepada jemaah yang mempunyai visa haji sah. – Riduan Ahmad/Scoop, 11 Mei, 2024

“Kerajaan Arab Saudi akan melaksanakan kawalan keselamatan lebih ketat semasa kemuncak haji, dengan sistem pengesahan jemaah haji lebih efisien, bagi memeriksa setiap jemaah yang masuk ke kawasan Masyair .

“Sebarang penggunaan visa tidak sah, akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang kerajaan tempatan dan penalti sebanyak SAR10,000 (lebih RM12,000),” katanya.

Syed Hamadah berkata, TH turut menasihati bakal jemaah haji hanya menggunakan perkhidmatan pakej haji ditawarkan 25 syarikat pengendali jemaah haji (PJH) yang dilesenkan TH bagi Musim Haji 1445H/2024M.

“Mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa lesen daripada TH, menjadi kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535),” katanya. – 11 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

Spotify hikes Premium subscription fees by RM1 to RM3 in Malaysia

Subscribers will face higher monthly payments across all Premium plans, effective from September

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Related