Tindakan undang-undang terhadap pemandu lori, treler cukup tegas: Loke

Tidak timbul isu kerajaan tidak mengambil tindakan tegas membabitkan pemandu lori atau treler malah pengusaha lori sendiri mengakui tindakan dikenakan sangat ketat

4:14 PM MYT

 

NILAI – Tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pemandu lori atau treler yang melakukan kesalahan di jalan raya di negara ini adalah cukup tegas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata tidak timbul isu kerajaan tidak mengambil tindakan tegas membabitkan pemandu lori atau treler malah pengusaha lori sendiri mengakui tindakan dikenakan sangat ketat.

“Penguatkuasaan dilakukan sepanjang masa dan ketat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terutamanya lori-lori yang membawa muatan berlebihan, kami tahu kebimbangan orang ramai terhadap kemalangan yang berlaku, kami akan terus pantau dan ambil tindakan.

“Ramai kata (tindakan) tidak tegas, dalam peraturan sedia ada memang tindakan dan undang-undang itu cukup tegas. Kalau didapati mengambil lebihan muatan bukan hanya boleh disaman, lori itu juga boleh disita, dilucutkan hak milik mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Kerjaya@Pengangkutan di Nilai, di sini hari ini.

Loke berkata pihaknya sentiasa memastikan pendekatan lebih menyeluruh dilaksanakan sebaiknya sebagai keseimbangan dari segi keperluan industri dan keselamatan jalan raya. 

Beliau berkata JPJ melakukan pemeriksaan dan penguatkuasaan sebaiknya dan kementerian juga sentiasa memikirkan tindakan lebih efektif demi keselamatan orang awam.

Dalam program hari ini Loke berkata lebih 2,000 peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan yang meliputi sektor udara, darat dan maritim. 

Peluang pekerjaan ditawarkan terbuka kepada semua calon termasuk berkelulusan ijazah sarjana muda, diploma, Sijil Pelajaran Malaysia serta sijil kemahiran berpeluang menikmati inisiatif yang berlangsung dua hari bermula hari ini di AEON Nilai.

“Pendekatan ini bagi mendedahkan kepada orang ramai tentang peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan, sudah tentu kita memerlukan ramai pekerja terutamanya pemandu bas dan tren terutamanya di Lembah Klang.

“Bagi pemandu bas kita mahu menjadikan mereka lebih kompeten, elaun serta gaji ditawarkan cukup baik,” katanya.

Antara syarikat terlibat menawarkan peluang pekerjaan adalah daripada Prasarana Malaysia Bhd, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysia Rail Link, Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB), Air Asia, Batik Air, MYAirline Sdn Bhd, Ground Team Red serta Malaysia Aviation Group (MAG). – 23 September, 2023

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Lazada’s Malaysian office not spared from major layoffs

Employees across various departments at Lazada Malaysia's office have allegedly been informed about an impending meeting with the company's human resources team in the next few days. 

Casino a practical source of charity funds, no threat to faith, Tawfik Ismail tells Johor MB

Son of Tun Dr Ismail Abdul Rahman cites work of Noah Foundation using profits from Genting

Related