HEADLINES

Laungan perjuangan demi Palestin sekali lagi berkumandang di depan Kedutaan AS

Himpunan Global Day of Action: Ceasefire Now, Stop the War on Gaza diketuai pergerakan Boycott, Divestments, Sanctions (BDS) Malaysia

1:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Laungan ‘Palestine will never die’ (Palestin tidak akan mati) sekali lagi berkumandang di depan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jalan Tun Razak di sini apabila lebih 2,000 orang menyertai himpunan Global Day of Action: Ceasefire Now, Stop the War on Gaza.

Himpunan selama tiga jam itu diketuai pergerakan Boycott, Divestments, Sanctions (BDS) Malaysia dan disertai 33 organisasi lain antaranya Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).

Pengerusi BDS Malaysia, Prof. Mohd Nazari Ismail dan Pengerusi MyCARE, Hafidzi Mohd Noor memberitahu peserta himpunan bahawa tekanan dan bantahan berterusan terhadap kekejaman Israel di Gaza telah menyebabkan rejim zionis diheret ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). – 13 Januari, 2024

Peserta himpunan turut melaungkan: “Netanyahu you can hide, we charge you with genocide.”

Mereka juga membawa replika jenazah tertera nama mangsa yang terbunuh di Gaza.

Sementara itu, aktivis kemanusiaan, Dr Fauziah Mohd Hasan mengetengahkan nasib menimpa golongan ibu dan kanak-kanak Palestin yang berdepan kekurangan sumber di Gaza.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

Hangat

Original Penang Kayu Nasi Kandar to set foot in ‘underserved’ Kepong

Latest joint will be in an area where there aren’t many authentic mamak restaurants, owner says

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

MRT Corp CEO not renewed

After two extensions Datuk Mohd Zarif Hashim leaves metro rail firm

Related