HEADLINES

Hajiji sahkan pakatan GRS – PH hadapi PRN Sabah

Hajiji berkata langkah berkenaan mencerminkan kerjasama berterusan antara GRS dan PH dalam pentadbiran negeri ketika ini

5:33 PM MYT

 

KOTA KINABALU  – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sah akan membentuk pakatan bersama Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang akan datang.

Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berkata perkara itu telah dibincangkan dalam kalangan parti komponen GRS dengan kata sepakat dicapai untuk membentuk pakatan pilihan raya bersama PH.

Ketua Menteri yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata langkah berkenaan mencerminkan kerjasama berterusan antara GRS dan PH dalam pentadbiran negeri ketika ini.

“Sudah tentu kami bersedia, tetapi (formula kerjasama pilihan raya) masih belum dimuktamadkan. Masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gagasan Rakyat 2025 di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PH Sabah Datuk Mustapha Sakmud menyatakan penghargaan beliau kepada Ketua Menteri kerana mengekalkan semangat kerjasama antara kedua-dua gabungan itu.

“Saya rasa ini adalah berita baik untuk Sabah,” katanya.

Mustapha berkata langkah seterusnya melibatkan rundingan mengenai pembahagian kerusi dan berharap proses itu akan dijalankan secara adil.

Ditanya berapa banyak kerusi yang disasarkan oleh PH Sabah dalam PRN akan datang, Mustapha berkata pihaknya menyasarkan antara 23 hingga 25 kerusi, tertakluk kepada hasil rundingan.

Tempoh lima tahun penggal ke-16 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan tamat secara automatik pada 11 November ini, membuka laluan untuk PRN Sabah ke-17. – 27 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

Right-wing commentator Ian Miles Cheong under police scrutiny

According to authorities, investigation focuses on alleged social media posts that could incite public unrest

Related