HEADLINES

41 jurugambar jalanan tanpa lesen di KLCC kena kompaun

Semakan ke atas individu turut dibuat bagi mengesan rekod jenayah, kesahihan dokumen pengenalan diri serta status kerakyatan

2:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 41 notis kompaun telah dikeluarkan terhadap jurugambar jalanan yang menyediakan perkhidmatan fotografi tanpa lesen dalam Ops Lens yang diadakan di sekitar kawasan KLCC.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataannya berkata, operasi itu bertujuan untuk memantau dan mengambil tindakan susulan terhadap kegiatan yang dijalankan secara terbuka di tempat awam dan tanpa lesen.

Ia diadakan kerjasama agensi penguatkuasa seperti polis, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP).

“Menerusi operasi ini, sejumlah 41 notis kompaun telah dikeluarkan terhadap individu yang didapati menjalankan perkhidmatan tanpa kelulusan sah.

“Semakan ke atas individu turut dibuat bagi mengesan rekod jenayah, kesahihan dokumen pengenalan diri serta status kerakyatan namun tiada penahanan dibuat pada operasi kali ini,’’ katanya hari ini.

DBKL juga menegaskan, ruang awam adalah milik bersama dan harus digunakan secara beretika, tertib dan mematuhi peraturan sedia ada.

“Aktiviti perkhidmatan fotografi tanpa kebenaran bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah turut menimbulkan risiko keselamatan kepada pengunjung.

“Sebahagian daripada kegiatan ini dijalankan di atas jalan raya atau laluan pejalan kaki, yang bukan sahaja membahayakan jurugambar dan pelanggan, tetapi juga mengganggu kelancaran pergerakan awam,’’ katanya.

DBKL memberitahu ia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sitaan terhadap peralatan dan barangan sekiranya aktiviti ini terus dijalankan secara berulang tanpa kebenaran.

“Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan bandar kekal selamat, teratur dan harmoni untuk semua,’’ katanya. – 28 Julai, 2025

.

Topics

 

Hangat

[WATCH] Robust US trade links critical to sustaining Malaysian jobs: Tengku Zafrul

Malaysia risks losing thousands of jobs if it fails to come to a trade agreement with the the United States following the latter’s new tariff regime, said Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz while stressing that execution, credibility and real economic spillovers are key to sustaining investor confidence

Roslin Hashim embarks on three-year mission to boost Egyptian badminton ahead of 2028 Olympics

Former national player aims to boost Egypt’s badminton standards, with a focus on the 2028 Los Angeles Olympic Games

Marhamah’s appointment sparks debate, uncle Badrulamin hits back

He insists donation funds were audited, denies New Age links, urges fairness in judgment

Related