HEADLINES

Thailand – Kemboja setuju untuk gencatan senjata serta-merta

Ia merupakan langkah penting ke arah meredakan ketegangan serta memulihkan keamanan dan keselamatan susulan pertikaian sempadan yang berlarutan

6:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Thailand dan Kemboja bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat berkuatkuasa mulai jam 24:00 (waktu tempatan) pada 28 Julai 2025, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia merupakan langkah penting ke arah meredakan ketegangan serta memulihkan keamanan dan keselamatan susulan pertikaian sempadan yang berlarutan.

Anwar berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat khas antara Thailand dan Kemboja di Kompleks Seri Perdana, di Putrajaya, hari ini.

Pada mesyuarat berkenaan, Thailand diwakili oleh pemangku Perdana Menterinya, Phumtham Wechayachai manakala Perdana Menteri Kemboja Hun Manet menghadiri mesyuarat yang bermula pada pukul 3 petang itu.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard Kagan dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing, dengan Amerika Syarikat bertindak selaku penganjur bersama manakala China sebagai pemerhati.

Jumaat lepas, Anwar telah menghubungi Phumtham dan Manet secara berasingan memohon kedua-dua pemimpin supaya segera melaksanakan gencatan senjata dan kembali ke meja rundingan untuk menyelesaikan pertikaian mereka.

Pertikaian sempadan antara kedua-dua negara memuncak pada 25 Julai lepas, mencetuskan pertempuran bersenjata di kawasan sempadan utara Kemboja.

Pertempuran terbaharu itu dilaporkan mengorbankan lebih 20 nyawa di pihak Thailand.

Pada masa sama, pihak berkuasa Kemboja memaklumkan lima anggota tentera dan lapan orang awam terbunuh, manakala ribuan penduduk dipindahkan di kedua-dua belah sempadan.

Ketegangan antara Thailand dan Kemboja meningkat sejak 28 Mei lepas susulan insiden konfrontasi antara anggota tentera berhampiran kawasan sempadan Preah Vihear yang dipertikaikan, mengakibatkan kematian seorang tentera Kemboja.

Kedua-dua negara jiran Asia Tenggara itu telah lama tidak bersependapat mengenai jajaran sepanjang 817 kilometer sempadan yang belum dimuktamadkan, yang terus menjadi punca ketegangan dan tekanan diplomatik. – 28 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

SIC probes F1 ticket scalping, warns offending tickets could be cancelled

Sepang International Circuit says it is working with Bahrain International Circuit to investigate reports of bulk ticket purchases and inflated resale prices ahead of F1’s return to Malaysia

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Related