◉ HEADLINES

Trump hadir Sidang Kemuncak Asean di KL

Anwar berkata Trump mengesahkan kehadirannya dalam perbualan telefon pagi tadi

12:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengesahkan akan hadir ke Sidang Kemuncak Asean ke-17 di Kuala Lumpur pada Oktober ini.

Perkara tersebut dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam panggilan telefon dengan Trump pagi tadi.

“Saya ingin memaklumkan bahawa pada 6.50 pagi, saya berpeluang bercakap melalui telefon dengan Presiden Trump.

“Beliau menyatakan penghargaan kerana Malaysia telah memainkan peranan yang berkesan dan sebaiknya dalam menyelesaikan konflik Thailand dan Kemboja,” katanya.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Parlimen, hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio memberi bayangan bahawa Trump akan hadir pada Sidang Kemuncak Asean yang akan berlangsung pada Oktober.

Pada 10 Julai, Rubio yang berada di Kuala Lumpur sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) di bawah Kepengerusian Malaysia bagi ASEAN 2025, memaklumkan bahawa pentadbiran Washington berusaha memuktamadkan tarikh sesuai bagi lawatan Trump ke Malaysia.

Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 juga dijadual berlangsung sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47.

Kali terakhir Presiden AS menghadiri sidang kemuncak berkenaan di Kuala Lumpur ialah pada November 2015 menerusi kehadiran bekas Presiden Barack Obama.- 31 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

◉ Related