HEADLINES

‘Tempat duduk saya ke arah blok pembangkang’, Ka Siong jawab sindiran Ahli Parlimen DAP

Presiden MCA itu membidas sindiran Ahli Parlimen DAP untuk beliau menyertai pembangkang kerana sentiasa memandang ke arah mereka

8:47 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong membidas kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP yang secara sinis mencadangkan beliau menyertai pembangkang, dan menyifatkan kenyataan itu sebagai kebudak-budakan.

Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin semalam mencadangkan Ahli Parlimen Ayer Hitam itu menyertai PAS kerana beliau sentiasa memandang ke arah ke blok pembangkang semasa perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat.

Zhemin berkata merujuk kepada Peraturan Mesyuarat, Ahli Parlimen sepatutnya mengarahkan ucapannya kepada Speaker yang mempengerusikan persidangan dan bukannya ke arah mana-mana blok dalam Dewan.

Bagaimanapun, jawab Wee beliau hanya kelihatan ‘sentiasa’ menghadap ke arah blok pembangkang kerana kedudukan tempat duduknya di Dewan Rakyat.

Jelasnya, secara kebetulan blok pembangkang berada pada kedudukan sudut pandang beliau.

“Walaupun saya memandang ke arah Speaker, ia masih kelihatan seolah-olah saya sedang melihat ke arah pembangkang,” katanya kepada FMT.

Wee berkata keadaannya akan berbeza jika beliau duduk betul-betul di tengah-tengah.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh pilih di mana untuk saya duduk. Jadi tidak adil untuk Zhemin membuat dakwaan seperti itu,” katanya, lapor FMT.

Sepanjang perbahasan itu, menurut Ka Siong beliau melihat teks ucapannya dan tidak menoleh ke kiri atau ke kanan semasa berucap.

Sindiran sinis Zhemin itu hadir susulan laporan bahawa MCA dan MIC sedang mempertimbangkan masa depan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan serta dalam Barisan Nasional (BN) kerana ketiadaan peranan dalam pentadbiran persekutuan.

Media baru-baru ini melaporkan, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berkata parti itu berasa tidak dihargai kerana tidak diberi sebarang jawatan dalam kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) walaupun mempunyai pemimpin kanan.

Menurut beliau MIC akan membuat keputusan mengenai langkah seterusnya selepas mesyuarat agung tahunan pada Oktober.

Dalam perkembangan sama, Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin baru-baru ini terbuka untuk bekerjasama dengan MIC dan MCA di bawah Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata parti itu secara dasarnya tidak mempunyai masalah menjalin kerjasama itu dengan pelbagai parti kecuali DAP.

Namun katanya ia perlu dibincang lebih lanjut oleh kepimpinan tertinggi gabungan. – 6 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Can Mutiara LRT line transform Penang’s transport, economy? Here’s an explainer

The RM13bil endeavour aims to tackle congestion, enhance connectivity, and spark economic growth across the island

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Amarjit Singh elected UCI vice-president, a first for the nation

Cycling chief vows to strengthen Asia’s voice in global sport after historic win in Kigali

Related