HEADLINES

Dewan Rakyat hari ini tumpu isu kos sara hidup, pelaksanaan MLFF dan tarif timbal balik

Sesi Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 24 hari hingga 28 Ogos 2025

9:17 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini akan menumpu kepada beberapa isu termasuk usaha kerajaan menurunkan kos sara hidup rakyat, pelaksanaan Multi Lane Free Flow (MLFF) serta isu tarif timbal balik Amerika Syarikat terhadap Malaysia.

Memetik laporan Bernama, Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen menyatakan, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) pada sesi soal jawab meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menjelaskan tindakan kerajaan menerusi Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam usaha menurunkan kos sara hidup rakyat.

Dalam pada itu, Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) mengajukan soalan kepada Menteri Kerja Raya berhubung status pelaksanaan sistem kutipan tol MLFF menjelang 2025, selain ingin tahu langkah penambahbaikan sistem seperti Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) bagi memastikan keberkesanan sistem baharu tersebut.

Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) membangkitkan soalan kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri status dan keberkesanan rundingan antara kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat berkenaan pelaksanaan tarif timbal balik serta jaminan kerajaan supaya ia tidak akan menjejaskan perdagangan, rantaian bekalan dan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Yeo Bee Yin (PH-Puchong) meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan penambahbaikan utama yang telah dibawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) dan usul-usul penting yang telah dikemukakan oleh belia serta usaha KBS dalam mengetengahkan usul berkenaan kepada kerajaan.

Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) pula minta penjelasan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai sama ada kementerian menyediakan peruntukan khas kepada kerajaan negeri atau agensi berkaitan bagi mengurus sisa pepejal dan membersihkan kawasan pembuangan sampah haram di luar kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Selesai sesi berkenaan, persidangan Dewan Rakyat akan menyambung semula perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lalu.

Sesi Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 24 hari hingga 28 Ogos 2025. – 6 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

10 filem patriotik pasukan beruniform tanah air ini wajib ditonton!

Harus diakui bahawa Malaysia masih lagi kekurangan filem-filem bergenre kenegaraan yang mampu membangkitkan semangat nasionalisme dan jiwa patriostisme rakyat terhadap negara yang berjaya bebas dari cengkaman penjajah sejak 66 tahun lalu

Related