HEADLINES

Polis tembak mati lelaki disyaki dalang geng samun, babit kerugian lebih RM1 juta

PDRM berkata suspek yang ditembak mati dipercayai ketua atau dalang utama kumpulan yang aktif dalam kegiatan pecah rumah dan dadah sejak tahun lalu di Kuala Lumpur, Perak serta Selangor

10:32 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menembak mati seorang lelaki dipercayai ketua kumpulan geng samun dengan 44 rekod jenayah lampau dalam satu kejadian pada jam 4.10 pagi di Jalan Bukit Tunku di sini, hari ini.

Kejadian itu disahkan Pemangku Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus, yang berkata suspek adalah lelaki warga tempatan dipercayai aktif dalam kegiatan samun dan aktiviti pengedaran dadah.

“Suspek yang ditembak mati dipercayai ketua atau dalang utama kumpulan yang aktif dalam kegiatan pecah rumah dan dadah sejak tahun lalu di Kuala Lumpur, Perak serta Selangor,” katanya lapor BH.

Kes itu dikendali Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama-sama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menerusi operasi khas Op Api KL 3 2025.

“Turut dirampas bersama suspek ialah sepucuk pistol jenis revolver dipercayai digunakan dalam kejadian berbalas tembakan ini,” katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian, hari ini.

“Mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur,” jelasnya.

Fadil berkata, kejadian tembakan berlaku ketika suspek sedang melakukan pemantauan di kawasan berkenaan dipercayai untuk mencari sasaran kediaman untuk di samun.

“Ketika cubaan memintas, berlaku berbalas tembakan mengakibatkan suspek maut di tempat kejadian dan terdapat beberapa kesan tembakan pada kenderaan polis.

“Semakan mendapati kenderaan berkenaan menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dipercayai diseludup masuk dari negara luar,” katanya.

Siasatan mendapati geng terbabit menyasarkan rumah atau pusat perniagaan yang mempunyai peti keselamatan, bar emas dan wang tunai selain dipercayai menyamar sebagai polis.

“Kita percaya kumpulan (geng) turut terbabit dalam sindiket pengedaran dadah dan disyaki mempunyai belasan anggota dan usaha mengesan saki baki ahli mereka akan diteruskan,” katanya. – 6 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related