HEADLINES

Kes rasuah Lim Guan Eng: Saksi penting cedera diserang 10 lelaki bersenjata

Sumber berkata penyerang turut memberi amaran agar mangsa hanya duduk di rumah dan jangan jadi 'wira'

12:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang saksi utama dalam kes perbicaraan rasuah terowong dasar laut Pulau Pinang membabitkan Lim Guan Eng cedera diserang sekumpulan 10 lelaki yang menceroboh kediamannya dekat Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Menurut sumber, mangsa mengalami kecederaan pada muka dan tangan selepas penyerang memecah masuk ke dalam kediamannya.

Difahamkan, penyerang bertindak mengikat dua pengawal keselamatan sebelum memasuki rumah mangsa.

“Penyerang turut memberi amaran agar dia hanya duduk di rumah dan jangan jadi ‘wira’,” tambah sumber berkenaan, lapor BH.

Kejadian itu disahkan Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar dan memaklumkan satu kenyataan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, pendakwa utama dalam kes Lim, Datuk Wan Shahruddin Wan Ladin berkata pihak pendakwaan akan membangkitkan isu itu apabila perbicaraan bersambung pada 19 Ogos.

Lim, yang juga penasihat DAP, sedang berdepan beberapa pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen berhubung Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.

Beliau didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu untuk meminta suapan 10% daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

Lim turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017. – 6 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Insiden FSO Sepat: Petronas sahkan tiga pekerja kontraktor maut, seorang parah bot jatuh dari pelantar

Proses bedah siasat terhadap tiga pekerja kontraktor yang maut akan dijalankan pada jam 8.30 pagi ini, manakala mangsa yang cedera parah masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Five more suspects arrested in RM4.6 mil Genting casino chip heist

Police have tracked down five local men, including the mastermind of the RM4.6 million casino chips heist at Genting Highlands on October 28, believed to be the largest chips robbery in the highland resort’s history.

[TONTON] Urus zakat secara audit bebas, profesional atasi ‘loopholes’: MCW

Jais Abdul Karim menegaskan kutipan zakat dan derma awam perlu diaudit secara profesional, dengan garis panduan jelas agar dana tidak disalahguna sambil mengingatkan, amil berhak menerima bahagian secukupnya — bukan bermewah — kerana ini ibadah, bukan perniagaan

Related