HEADLINES

Status Adun tiga bekas wakil rakyat PAS kekal gugur walau kembali menjadi ahli

Pesuruhjaya PAS Perlis berkata walaupun Majlis Syura Ulamak menerima kembali keahlian tiga bekas Adun, kedudukan mereka sebagai wakil rakyat PAS tetap terlucut mengikut peraturan lompat parti

4:25 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Walau Majlis Syura Ulamak menerima kembali keahlian tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perlis, status mereka sebagai wakil rakyat tetap digugurkan.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Ahmad Ali berkata kedudukan Saad Seman (bekas Adun Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) sebagai bekas wakil rakyat PAS kekal gugur.

Ahmad berkata pengguguran mereka sebagai wakil rakyat PAS kekal terpakai memandangkan Adun berkenaan terikat dengan peraturan lompat parti.

“Walaupun keahlian mereka diterima semula selepas ini, status mereka sebagai Adun PAS kekal gugur.

“Ia selaras dengan perlembagaan parti yang terkait dengan peraturan lompat parti. Jika melakukan apa-apa kesalahan, maka akan tergugur dengan sendiri keahliannya,” katanya kepada media selepas menghadiri pemukiman PAS, di Bangi, hari ini.

Beliau yakin permohonan untuk menyertai semula PAS oleh tiga bekas Adun berkenaan akan disambut baik oleh PAS Pusat.

“Sebelum ini juga saya ada jumpa tiga Adun berkenaan dan sudah memberi nasihat dan teguran (supaya tidak mengulangi kesilapan),” katanya.

Pada 24 Disember 2025, PAS menamatkan keahlian ketiga-tiga bekas Adun itu sekaligus menyebabkan kekosongan kerusi.

Tindakan itu diambil selepas mereka menyertai lima Adun Bersatu Perlis menyokong perlantikan Menteri Besar Perlis baharu menggantikan Shukri Ramli dari PAS.

Sementara itu, dalam satu kenyataan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Ahmad Yahaya berkata permohonan tiga individu terbabit akan diserahkan kepada setiausaha agung parti untuk pertimbangan PAS Pusat.

Ahmad Yahya berkata, Majlis Syura Ulamak menolak daripada membuat keputusan atas nama rayuan kerana ia bukan dalam bidang kuasanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Ali berkata, pihaknya mengakui kemelut politik di Perlis masih belum diselesaikan sepenuhnya, namun proses penstrukturan semula kepimpinan negeri sudah dilaksanakan.

“Saya harap perkara ini akan diselesaikan dengan baik dan kita fokus kepada persiapan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) serta memperkukuh parti,” katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan kononnya berlaku pertembungan antara pimpinan Majlis Syura Ulamak yang dipimpin Mursyidul Am, Datuk Hashim Jasin dan PAS Pusat di bawah pimpinan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang susulan kemelut di Perlis. – 1 Februari, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related