HEADLINES

Pendapatan rakyat Malaysia tidak selari dengan kos sara hidup semasa: bekas Gabenor BNM

Muhammad Ibrahim berkata meskipun ekonomi Malaysia dilihat kukuh dari segi indikator makro seperti pertumbuhan dan daya saing, keadaan itu tidak menggambarkan realiti pendapatan dan kuasa beli rakyat

3:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pendapatan rakyat ketika ini tidak selari dengan peningkatan kos sara hidup semasa, kata bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Muhammad Ibrahim.

Menurut Muhammad, ekonomi negara tidak cukup berkesan dalam mencipta pekerjaan dengan gaji bermaruah kerana struktur sedia ada tidak menghasilkan pekerjaan bernilai tinggi seperti yang diharapkan.

Beliau memberitahu, meskipun ekonomi Malaysia dilihat kukuh dari segi indikator makro seperti pertumbuhan dan daya saing, keadaan itu tidak menggambarkan realiti pendapatan dan kuasa beli rakyat.

“Masa saya mula bekerja dahulu, gaji saya sekitar RM1,400 sebulan. Jika diselaraskan dengan kadar inflasi kira-kira empat peratus untuk mendapatkan gaji sebenar, nilai RM1,400 itu hari ini bersamaan kira-kira RM600 dari segi kuasa beli sebenar.

“Jika RM1,400 itu diambil pada nilai semasa, ia bermakna seorang pekerja baharu sepatutnya memasuki pasaran kerja dengan gaji sekitar RM7,000.

“Namun, realitinya gaji permulaan ketika ini hanya sekitar RM3,000 hingga RM4,000,” katanya yang dipetik dari TVS.

Muhammad berkata demikian ketika menjadi ahli panel program Rundingan Meja Bulat Nasional (Rimbun 2.0) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, semalam.

Beliau membincangkan mengenai tajuk “Visionari Arkitek Dasar Strategi: Impak Pelaksanaan Dasar Makro, Fiskal Serta Halatuju Ekonomi Malaysia”.

Beliau turut mencadangkan kerajaan menggunakan rekod cukai sebagai asas utama data rakyat kerana terdapat jurang antara petunjuk ekonomi yang positif dengan realiti kos sara hidup dan kuasa beli rakyat.

“Dalam keadaan fiskal semasa, kita tidak mampu membiayai perbelanjaan subsidi pada masa hadapan. Tetapi, jika kita melaksanakannya dengan cara yang betul, kita boleh mengimbangi bajet,’’ katanya.

Muhammad turut memberitahu ketika ini terdapat banyak kekangan dan pembaziran kerana golongan yang menerima bantuan bukannya mereka yang miskin sebalik turut membabitkan golongan berpendapatan tinggi. – 10 Mei, 2026

Topics

 

Hangat

Malaysia tightens social media rules with eKYC: Fahmi

MCMC set to enforce minimum age of 16 for new accounts; enforcement date to be announced soon

Selangor 80% ready for Sukma 2026, key venues must be ready by April: Najwan

The Selangor youth, sports and entrepreneurship committee chairman says the state is targeting full readiness by April

SPA targets 30,000 civil service appointments in 2026

Chairman Ahmad Jailani says new target exceeds last year’s 25,000, ensuring continuity in public service delivery

Related