HEADLINES

Kerajaan sedang timbang naikkan cukai tembakau: Anwar

Perdana Menteri berkata langkah itu selari dengan komitmen kerajaan terhadap kesihatan awam dan pembaharuan hasil negara memandangkan sekian lama tiada semakan semula kadar cukai tersebut

4:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan untuk menaikkan kadar cukai tembakau.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah itu selari dengan komitmen kerajaan terhadap kesihatan awam dan pembaharuan hasil negara memandangkan sudah sekian lama tiada semakan semula kadar cukai membabitkan produk tersebut.

“Saya setuju dengan semangat, bukan sahaja kerana saya tidak merokok tetapi kerana adanya kempen anti-merokok,” katanya ketika ditanya sama ada kerajaan sedang meneliti langkah menaikkan kadar cukai tembakau dalam pembentangan Belanjawan 2026 pada Oktober ini, lapor Sinar Harian.

Anwar berkata demikian pada Majlis Libat Urus Belanjawan 2026 di Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Buat masa ini, cukai tembakau di Malaysia mewakili 58.6% daripada harga runcit dan tiada prosedur tetap bagi pelarasan atau penilaian berkala dilaksanakan.

Kali terakhir kadar cukai itu dinaikkan adalah pada September 2014.

Ahli ekonomi sebelum ini dilapor mencadangkan kadar cukai tembakau dinaikkan antara 60 hingga 75%.

Dalam pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 minggu lalu, Anwar menjelaskan bahawa kerajaan akan meluaskan pelaksanaan cukai pro-kesihatan yang sebelum ini hanya tertumpu kepada produk bergula, tembakau, rokok elektronik dan alkohol.

Peluasan cukai katanya bukan sahaja bertujuan meningkatkan hasil negara, tetapi lebih penting untuk menggalakkan perubahan tingkah laku rakyat dan mengekang peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD).

NCD yang sering dikaitkan dengan gaya hidup tidak sihat merangkumi penyakit seperti serangan jantung, angin ahmar, diabetes dan kanser.

Beliau turut menegaskan bahawa kesihatan kekal sebagai keutamaan kerajaan memandangkan sistem kesihatan awam kini semakin terbeban dengan inflasi perubatan, peningkatan penyakit dan pertambahan populasi warga emas.

Merujuk takwim semasa Parlimen, Belanjawan 2026 dijadual dibentangkan pada 10 Oktober ini. – 7 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Malaysia breaks 11-year losing streak against Vietnam with impressive 4-0 victory

The national team showed effective teamwork and fast-paced plays that kept their opponents under pressure

Related