HEADLINES

Gangguan air Pulau Pinang minggu depan: ‘Elak masalah bukan cara Chow Kon Yeow’

Keputusan untuk menggantikan saluran paip oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) adalah demi kepentingan ramai

6:13 PM MYT

 


KUALA LUMPUR — Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow memahami bahawa gangguan bekalan air mulai 10 Januari ini di Pulau Pinang akan menjejaskan sektor perniagaan dan orang ramai namun beliau harus mengambil keputusan itu bagi penyelesaian jangka panjang.

Setiausaha politik kepada Ketua Menteri, Lau Keng Ee berkata, keputusan untuk menggantikan saluran paip oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) adalah demi kepentingan ramai.

Tambahnya, jika Kon Yeow mahu memuaskan hati semua orang, maka beliau boleh menunda projek terbabit selepas pilihan raya umum, tetapi disebabkan ia bukan caranya maka ia perlu dilakukan.

“Dalam hal ini, sektor perniagaan perlu mengatur keadaan itu apatah lagi notis sudah diberikan sebulan lalu. Saya percaya pihak berkenaan mempunyai masa yang cukup untuk bertindak.

“Saya juga berharap supaya pengilang akan memahami niat baik kerajaan negeri terutama apabila industri itu merupakan penyumbang utama kepada ekonomi Pulau Pinang,’’ katanya dalam kenyataan di sini.

Sementara bagi penduduk pula, Keng Ee percaya mereka telah menyimpan air secukupnya dan pada masa sama beliau berharap dapat memberi bantuan kepada mereka.

Kira-kira 590,000 pengguna, termasuk bukan domestik di Pulau Pinang dijangka mengalami gangguan air berjadual selama 96 jam bermula 6 pagi 10 Januari hingga 6 pagi 14 Januari.

Ia bagi memberi laluan kepada kerja penggantian dua unit injap di Loji Rawatan Air Sungai Dua serta kerja sampingan di 22 lokasi di seluruh Pulau Pinang.

Mengulas mengenainya, pengerusi Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) Pulau Pinang, Datuk Seri Lee Teong Li ketika dihubungi Scoop berkata, kebanyakan kilang di Pulau Pinang akan menutup operasi mereka sekurang-kurangnya dua hari semasa tempoh gangguan bekalan air tersebut.

“FMM Pulau Pinang ada lebih 550 ahli dan saya dimaklumkan majoriti ahli akan menutup kilang mereka, jumlah berapa banyak kilang (yang terbabit) saya tidak tahu, mungkin ribuan kilang, kebanyakan kilang memerlukan air untuk menjalankan operasi dan pengeluaran produk.

“Menurut jurucakap PBAPP, dalam tempoh 48 jam air akan disalurkan semula secara berperingkat. Kalau hari kedua itu air dah ada kembali, kita akan buka semula kilang pada hari ketiga,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong pula menemplak Ketua Menteri dan beberapa barisan exco negeri itu kerana mendiamkan diri tatkala Pulau Pinang berdepan gangguan bekalan air hampir setiap hari di kawasan berbeza. – 4 Januari, 2024

Topics

 

Hangat

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

Related