HEADLINES

Kes Zara Qairina: JSJ Bukit Aman ambil alih siasatan di Sabah

Pasukan JSJ dihantar sebagai sebahagian komitmen polis untuk 'memastikan siasatan dilaksanakan dengan telus, profesional dan menyeluruh'

9:46 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sepasukan petugas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, dianggotai sembilan pegawai dan anggota, dihantar ke Sabah untuk mengambil alih siasatan kes kematian Zara Qairina Mahathir.

Pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) dalam satu kenyataan semalam berkata, pasukan itu dihantar sebagai sebahagian komitmen polis untuk memastikan siasatan dilaksanakan dengan telus, profesional dan menyeluruh.

“Polis memandang serius setiap kes yang melibatkan kehilangan nyawa,” kata kenyataan itu.

“Sehubungan itu, (pihak) polis menyeru agar semua pihak memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan profesional serta mengelak daripada membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan.”

Allahyarham Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di HQE I pada 17 Julai lepas, selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.

Sabtu lalu, jenazahnya digali semula berikutan arahan Jabatan Peguam Negara yang berpendapat siasatan lanjut yang lebih menyeluruh perlu dijalankan.

Proses bedah siasat jenazah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Papar selesai dilaksanakan di HQE I dan jenazahnya dikebumikan semula pada awal pagi Isnin.

Pada 31 Julai lalu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun memaklumkan pihak polis tidak menolak kemungkinan unsur buli terbabit dalam kejadian berkenaan. – 12 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia tightens expatriate salary requirements to protect local talent from June 2026

Revised Employment Pass rules aim to prioritise Malaysians and encourage job localisation

Related