HEADLINES

Agong titah batal cadangan pembelian Black Hawk

Sultan Ibrahim mengingatkan supaya tidak mengulangi kesilapan dahulu ketika membeli pesawat SkyHawk secara second-hand

11:43 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan Kementerian Pertahanan agar membatalkan cadangan pembelian helikopter Black Hawk lama yang telah berusia lebih 30 tahun.

Seri Paduka Baginda yang juga Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM), turut mengingatkan kementerian tersebut supaya tidak mengulangi kesilapan dahulu.

“Jangan ulang kesilapan dahulu apabila kita beli pesawat SkyHawk secara second-hand. Adakah kita hendak letak juruterbang kita dalam ‘keranda terbang’? Awak fikirlah sendiri.

“Saya percaya ini semua berlaku kerana di Kementerian Pertahanan penuh dengan ‘agent’ atau bekas Jeneral yang menjadi ‘salesman’ malah ada syarikat penjual kain pun masuk hendak jual ‘ drone’.

“Kalau semua pembelian kena ikut harga orang tengah maka peruntukan yang ada tidak akan cukup. Oleh itu, jangan cuba nak temberang saya. Jika tidak mahu dengar cakap saya, selepas ini saya tidak akan menegur lagi,” titah Seri Paduka Baginda.

Baginda bertitah demikian pada Titah Diraja sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-60 di Kem Iskandar, Mersing, hari ini.

Pada majlis berkenaan, Sultan Ibrahim mengingatkan bahawa pembelian aset yang tidak relevan atau terlalu mahal bukan sahaja merugikan, malah membazirkan peruntukan negara.

“Jangan buang masa beli barang yang merepek dan tidak sesuai dengan keperluan tentera. Kalau tidak tahu harga, tanya saya dahulu,” titah Seri Paduka Baginda yang juga Kolonel Komandan Gerup Gerak Khas (GGK).

Baginda turut mengimbas kembali teguran lima tahun lalu berhubung pembelian bot Rigid Riding Craft (RRC) untuk komando pada harga RM5 juta, sedangkan bot yang lebih baik boleh diperoleh di bawah RM2 juta.

“Baru-baru ini pula, saya dapat tahu ada cadangan untuk beli lagi bot sama tetapi saiz yang besar sedikit dengan harga hampir RM10 juta. Ini tidak masuk akal dan harus diteliti secara betul.

“Selain daripada harga, kualiti barang yang dibeli juga perlu diutamakan. Apa telah jadi dengan kolam selam tempur di kem ini yang sepatutnya siap pada 2022, tetapi sehingga kini masih belum boleh digunakan,” titah Seri Paduka Baginda. – 16 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

RM1.3bil raised, but MEX II left incomplete with only RM30mil in the bank

With construction stalled, government mulls takeover as MACC probes RM416 million in alleged false claims 

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

Related