◉ HEADLINES

Kes serangan anak Rafizi diambil alih Bukit Aman

Langkah berkenaan adalah selaras dengan keperluan untuk siasatan lebih menyeluruh dan berpusat

12:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Siasatan kes serangan melibatkan anak kepada bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli telah dipindahkan ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, langkah berkenaan selaras dengan keperluan untuk siasatan yang lebih menyeluruh dan berpusat.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta menyalurkannya ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Kerjasama orang ramai amat dihargai demi memastikan keadilan dan ketelusan dalam proses siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Serangan terhadap anak lelaki Rafizi itu berlaku pada 12 Ogos lalu di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Menurut Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, seorang lelaki mengheret anaknya yang berusia 12 tahun itu dan kemudian mencucuknya dengan jarum suntikan secara tiba-tiba ketika mahu memasuki kereta untuk meninggalkan pusat beli-belah itu pada 1.45 tengah hari.

Beliau mendakwa serangan terhadap anaknya dipercayai ada kaitan dengan ‘siasatan’ yang sedang dijalankannya berhubung satu skandal dan isterinya juga telah menerima ugutan melalui telefon selepas insiden itu.

Semalam Shazeli berkata, polis menemukan beberapa petunjuk positif bagi mengesan suspek kes serangan terhadap anak Rafizi.

Petunjuk berkenaan, katanya, diperoleh hasil penelitian dan semakan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan di pusat beli belah itu.

Menurutnya, seramai 14 individu dipanggil bagi membantu siasatan kes itu setakat ini. – 17 Ogos, 2025.

Topics

 

◉ Hangat

OCM in the spotlight again: Skechers collab draws flak after brand linked to Israel

With shoe sponsorship amounting to almost RM200,000, Datuk Nazifuddin Najib says sports should be free from any agenda as the aim is to provide comfort to athletes

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

China break up Olympic champions to groom future stars

Olympic gold medallist Jia Yi Fan now partners Zhang Shu Xian in a bold move to mentor rising talent, as China strengthen their grip on women’s doubles badminton

◉ Related