HEADLINES

Ahli Parlimen PN mahu taklimat tertutup perjelas ketirisan maklumat susulan penahanan 5 pegawai ATM

Ia membimbangkan kerana mereka yang ditahan itu adalah pegawai kanan dalam Kor Risik, iaitu salah satu cabang penting dalam ATM, kata Ikmal

5:08 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz meminta supaya wakil rakyat diberikan penjelasan atau taklimat khas secara tertutup di Parlimen, berhubung ketirisan maklumat susulan tangkapan melibatkan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Op Sohor baru-baru ini.

Ikmal, yang juga Ketua Portfolio Pertahanan Ahli Parlimen PN berkata, ia bagi memberikan pemahaman terperinci mengenai ketirisan yang berlaku melibatkan pegawai ATM dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkenaan Keselamatan dan Pertahanan memanggil Kementerian Pertahanan (MINDEF) khususnya Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia (MDIO).

Sambil menyatakan kebimbangan, Ahli Parlimen Tanah Merah itu memberitahu, mereka yang ditahan itu adalah pegawai kanan yang bertanggung jawab secara langsung di dalam usaha kawalan dan pengendalian maklumat risikan samada secara fizikal ataupun siber.

“Pegawai-pegawai ATM yang ditahan ini adalah dari Kor Risik ataupun lebih tepat lagi anggota Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia (MDIO) iaitu salah satu cabang penting ATM dan salah seorang suspek juga mempunyai pertalian darah dengan bekas Panglima Tentera Darat sebelum ini.

“Timbul persoalan apakah kompromi lain juga berlaku bukan hanya mengenai maklumat rondaan unit-unit tentera di kawasan selatan tanah air, tetapi juga maklumat penting lain berkaitan isu-isu yang lebih runcing dan lebih penting seperti Laut China Selatan dan aspek kesiagaan tentera.

“Apatah lagi mereka yang ditahan ini disyaki telah bersekongkol dengan sindiket penyeludupan sejak lima tahun yang lalu,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 13 Ogos lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya melumpuhkan sindiket penyeludupan didalangi pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang beroperasi di selatan tanah air dan dipercayai mengumpul hasil rasuah lebih RM3 juta, pada 13 Ogos lalu.

Menurut sumber SPRM, lima pegawai kanan tentera dan lima orang awam termasuk seorang wanita warga Indonesia berusia antara 30 hingga 55 tahun ditangkap di sekitar lembah Klang, dalam Op Sohor itu.

Siasatan awal mendapati lima pegawai kanan yang menjadi suspek utama disyaki membocorkan maklumat operasi ketenteraan kepada penyeludup dan bersekongkol dengan sindiket membawa masuk barangan larangan seperti dadah, rokok serta barang-barang lain dari negara jiran ke Malaysia, membabitkan jumlah nilai sebanyak kira-kira RM5 juta sebulan.

Mengulas lanjut, Ikmal berkata, beliau juga ingin tahu sama ada tindakan counter-intelligence (risik-balas) untuk menutup ketirisan yang telah dilakukan oleh MDIO dan juga MINDEF selepas operasi mereka ini terbongkar.

“Saya percaya Panglima Angkatan Tentera (PAT) akan memberikan kerjasama penuh kepada SPRM untuk membersihkan ATM daripada sebarang masalah rasuah yang juga unsur subversif yang boleh mengancam aspek keselamatan dan kedaulatan negara daripada dalam pasukan,’’ katanya. – 17 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related