◉ HEADLINES

Sebutan semula kes dakwaan amang seksual Naim Daniel didengar pagi ini

Naim dipercayai hadir lebih awal dari pengamal media kira-kira jam 7 pagi di Mahkamah Sesyen di sini, sebelum prosiding bermula sekitar jam 8 pagi

10:37 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel tiba di Mahkamah Sesyen Putrajaya, hari ini bagi sebutan semula kes pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Naim dipercayai hadir lebih awal dari pengamal media kira-kira jam 7 pagi di Mahkamah Sesyen di sini, sebelum prosiding bermula sekitar jam 8 pagi.

Pada prosiding lalu (17 Jun), Naim atau nama penuh, Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, ketika dihadapkan ke mahkamah sama, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin M Kunasundary.

Mengikut pertuduhan, Naim didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja perempuan berumur 17 tahun 7 bulan bagi tujuan seksual pada 19 Mei lalu pada jam kira-kira 8.56 malam di Ukiyo Hotel di Petaling Jaya, Selangor.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga disebat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzah Shaharuddin.

Menurut peguamnya, Nur Syafiah Athirah Ahmad Shafique, prosiding hari ini hanyalah sebutan untuk serahan dokumen daripada pihak pendakwaan kepada pasukan pembelaan.

“Pada hari ini telah ditetapkan untuk sebutan serahan dokumen, yang mana pihak pembelaan telah menerima dokumen daripada pihak pendakwaan. Tarikh seterusnya telah ditetapkan pada 19 September untuk sebutan pengurusan,” katanya kepada media.

Peguam Datuk Amirul Ridzuan dan Mohd Irwan Sumadi turut mewakili Naim.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, arahan tuduh ke atas suspek diperoleh daripada Pejabat Pendakwaraya Selangor.

Beliau berkata, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.

Media sebelum ini melaporkan selebriti terkenal yang ditahan berhubung kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun, baru-baru ini didakwa baru kali pertama membawa mangsa ke hotel.

Penyanyi dan pelakon terkenal itu ditahan pada 3 Jun lalu selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor.

Suspek bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis. – 18 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

FashionValet a loss-making entity before and after Khazanah, PNB’s RM47 mil investment

GLICs bought stakes in 2018, company records show total RM103.3 million losses after tax from 2017 to 2022

FAM at 99: a journey from colonial roots to Malaysia’s football milestones

The Football Association of Malaysia (FAM) marks its 99th anniversary today, tracing a journey from its colonial-era beginnings in 1926 to becoming the custodian of Malaysian football

◉ Related