Tidak hadir ceramah kerana ancaman? Ini penjelasan Sanusi…

Tidak ada (ancaman keselamatan), kelmarin itu pasal ada di KL (Kuala Lumpur), lepas tu kita nak bergegas balik Kedah tidak sempat: Sanusi

10:32 PM MYT

 

SIK – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan ketidakhadiran beliau dalam beberapa siri ceramah di negeri ini bukan kerana ancaman keselamatan sebaliknya mempunyai tugasan lain di luar kawasan.

Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), berkata beliau juga tidak ditahan mana-mana pihak berkuasa seperti dilaporkan.

“Tidak ada (ancaman keselamatan), kelmarin itu pasal ada di KL (Kuala Lumpur), lepas tu kita nak bergegas balik Kedah tidak sempat.

 “Mereka (penganjur) kata bawa perlahan-lahan atas keselamatan. Itu sahaja atas faktor keselamatan sebab tidak boleh bawa laju.

 “Saya (juga) tidak tahan diri sendiri, orang lain saya tidak tahu. Kena tanya orang lain. Saya juga mana tahu kalau mereka nak tahan, saya tidak tahu,” katanya kepada media selepas perlawanan bola sepak pilihan MB dan pilihan Felda di Felda Teloi Timur, Sik hari ini.

Terdahulu, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden sebelum mengakhiri ceramah di Sungai Petani malam tadi berkata, Sanusi yang sepatutnya hadir dalam ceramah berkenaan telah dinasihatkan tidak menghadirinya kerana ada ‘perangkap’ dipasang musuh.

Sebelum itu, Sanusi juga dilaporkan tidak hadir ke program di Padang Serai sebelum tular kononnya beliau ditangkap, namun polis menafikan laporan berita yang membuat dakwaan demikian.

Ditanya mengenai persoalan yang dibangkitkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bahawa perkara tersebut kononnya cubaan membina persepsi oleh pemimpin PAS bagi meraih simpati rakyat, Sanusi berkata:

“Saya memang mangsa (ancaman), dia (Saifuddin Nasution) yang datang kacau saya. Saya memang mangsa penipuan, spin (putar belit), mangsa kelirukan fakta saya. 

“Saya ada fakta yang jelas daripada laporan Jabatan itu sahaja kita ada. Yang dia pi kok tu, pi kok ni. Itu memangsakan saya. Memang rakyat suka kat PAS pun, bukan pasal simpati tapi suka perjuangan PAS.

Sementara itu dalam ucapannya, Sanusi yang juga calon PN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri mendakwa kini ada percubaan untuk mengubah pendirian pengundi di Kedah.

 “Memang akan ada serangan, akan ada serangan untuk mengubah pendirian kita di minit-minit akhir kempen. Saya ajak semua membulatkan tekad, pendirian, teguhkan hati untuk istiqomah dengan PN dalam PRN (Pilihan Raya Negeri) kali ini.

“Kekal bahagia bersama keluarga masing-masing dan tenangkan fikiran tidak payah serabut dengan benda bodoh yang akan dibawa kepada kita untuk memenangi hati tapi selepas lima tahun kita akan menderita,” katanya. – 7 Ogos, 2023.

Topics

Hangat

Mamak restaurants’ group to sue TikTok user for defaming industry

The Malaysian Muslim Restaurant Owners’ Association (Presma) will proceed with suing a TikTok user for making defamatory claims about food preparation and cleanliness at mamak restaurants.

[UPDATED] Desperate, doomed move: Lokman Adam claims Daim, Dr Mahathir behind Langkah Dubai  

Langkah Dubai, a move by the opposition to topple Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s administration, is allegedly masterminded by former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his right-hand man Tun Daim Zainuddin.

Hartalega Holdings falls prey to ransomware attack, internal systems down

According to an urgent notice sent out by its IT team to personnel in the Bursa-listed firm’s wholly-owned subsidiaries Hartalega NGC Sdn Bhd and Hartalega Sdn Bhd, a number of applications and softwares are currently inaccessible due to the attack.  

Related