HEADLINES

Tuduhan babit Ismail Sabri, KJ tidak benar, cuba alih perhatian: Rafizi

Bekas Menteri Ekonomi berkata tuduhan Ismail Sabri dan KJ terbabit dalam serangan anaknya adalah cubaan jahat bertujuan mengalih perhatian

12:19 PM MYT

 

Kuala Lumpur – Dakwaan bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Khairy Jamaluddin terbabit dalam kes serangan terhadap anak Datuk Seri Rafizi Ramli di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, pada 13 Ogos lalu dinafikan bekas Menteri Ekonomi itu.

Beliau berkata, tindakan mengaitkan bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri Kesihatan itu adalah cubaan jahat bertujuan mengalihkan perhatian.

Rafizi berkata, beliau pernah mengesahkan ada berjumpa dengan pemberi maklumat mengenai skandal yang sedang ditelitinya seminggu sebelum serangan itu berlaku.

Susulan itu persoalan utama siapa dalang di sebalik serangan dan penghantar mesej yang memintanya berdiam mula timbul.

“Selepas kenyataan itu, saya lihat tiba-tiba ada tuduhan yang berlegar.

“Tuduhan pertama kononnya saya sedang meneliti satu kes membabitkan Ismail Sabri berhubung wang yang dicuci di luar negara.

“Tuduhan terkini kononnya saya sedang meneliti kes membabitkan Khairy atau mana-mana ahli politik lain.

“Saya melihat timbulnya pelbagai berita tidak benar ini adalah satu usaha untuk mengalih perhatian rakyat dan siasatan. Lagi banyak cerita seperti ini timbul lebih ramai yang akan membuat kesimpulan sendiri bahawa ia usaha untuk mengalih perhatian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini, lapor Harian Metro.

Berikutan itu Rafizi memaklumkan sudah berhubung dengan Ismail Sabri dan menyokong keputusannya membuat laporan polis mengenai berita tidak benar itu.

Sebelum ini media melaporkan siasatan berhubung serangan ke atas anak lelaki Ahli Parlimen Pandan itu diambil alih Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan enam individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kes itu.

Dalam laporan terdahulu, Rafizi tidak menolak kemungkinan serangan dibuat terhadap anak lelakinya disebabkan pertemuan bersama satu kumpulan pemberi maklumat atau ‘whistleblower’ berkait satu skandal. – 21 Ogos, 2025

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related