◉ HEADLINES

Bacaan kedua RUU Pekerja Gig 2025 tetap dibentang esok: Steven Sim

Menteri Sumber Manusia meminta pihak yang salah faham atau mungkin menolak supaya tidak mengaitkannya dengan politik

2:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 bertujuan memberi perlindungan dan mengiktiraf peranan pekerja sektor itu, akan tetap dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, esok.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, berkata demikian susulan timbul gesaan segelintir pihak yang menuntut RUU itu ditangguhkan.

Beliau komited untuk meneruskan pembentangannya bagi memastikan kebajikan 1.2 juta pekerja gig di negara ini terbela.

“Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini, sudah bertahun kita tunggu. Bagaimanapun, saya masih ada halangan kerana ada kawan-kawan kita yang mungkin salah faham atau apa agendanya dan ada juga yang minta supaya kita tangguhkan (bacaan kali kedua).

“Bolehkah kita tangguh? Saya tidak mahu tangguh, kerajaan sudah bersedia. Kita minta pihak yang salah faham atau mungkin menolak supaya jangan fikir perkara ini mengenai politik.

“Ini adalah mengenai kebajikan rakyat dan saya minta pekerja gig sekalian (menyokong). Saya tidak boleh lakukan ini tanpa anda semua,” katanya lapor BH.

Sim berkata demikian selepas menerima memorandum daripada Persatuan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (TPAD) di pintu masuk bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Memorandum diserahkan Presiden TPAD, M Nathan, dengan kira-kira 150 ahli TPAD hadir pada perhimpunan itu bagi menyatakan sokongan pada RUU berkenaan.

TPAD antara lain meminta supaya harga lantai ditetapkan bagi industri e-hailing dan p-hailing.

Selain itu, mereka meminta pengagihan tugas dilakukan secara manual tanpa sebarang syarat tersembunyi, dengan garis panduan yang jelas diletakkan di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan kajian semula ke atas Program “Grab Service Fee” (GSF) sebelum sebarang kelulusan diberikan.

Terdahulu, Sim membentangkan RUU Pekerja Gig 2025 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, pada Isnin lalu.

RUU itu antara lain mewajibkan semua penyedia platform membuat potongan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) daripada setiap transaksi pendapatan seorang pekerja gig. – 27 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

◉ Related