◉ HEADLINES

Segamat dilanda gempa bumi lagi pagi ini, gegaran ke-6 dalam seminggu

Ia berlaku pada kedalaman 10 kilometer pada jarak dua kilometer barat laut dari Segamat

9:51 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi lemah telah menggegarkan Segamat pagi tadi, menjadikannya gegaran keenam yang melanda daerah berkenaan dalam tempoh seminggu.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gegaran berkenaan direkodkan pada jam 7.29 pagi dengan magnitud 2.7 pada jarak dua kilometer barat laut dari Segamat.

“Ia berlaku pada kedalaman 10 kilometer dengan koordinat 2.5° Utara dan 102.8° timur dan gegaran dirasai di sekitar Segamat,’’ katanya menerusi kenyataan dalam Facebook hari ini.

MetMalaysia juga memaklumkan, akan terus memantau keadaan tersebut.

Jabatan berkenaan turut meminta mereka yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu dapat mengisi borang soalselidik pautan yang disediakan.

Tiada kerosakan direkodkan.

Sebelum ini, Segamat merekodkan beberapa kejadian gempa bumi lemah dengan magnitud antara 2.5 hingga 4.1. – 30 Ogos, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

◉ Related