HEADLINES

Kes serang Sultan Nazrin: Anggota, pegawai pengiring berdepan enkuiri tatatertib – Polis

Polis berkata langkah diambil susulan kes wanita mendekati Sultan Perak di pentas ketika sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri kelmarin

10:29 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, pihaknya sudah membuka kertas enkuiri tatatertib membabitkan anggota dan pegawai pengiring susulan insiden seorang wanita cuba menghampiri Sultan Perak Sultan Nazrin Shah semasa sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri kelmarin.

Beliau berkata, jika wujud elemen kecuaian, kertas siasatan tatatertib akan dibuka bagi memberi ruang siasatan menyeluruh dijalankan sebelum tindakan lanjut diambil.

Jelas Noor Hisam, pihaknya kini meneliti resolusi jangka pendek dan panjang dari sudut pentadbiran.

“Sehingga kini juga kesemua anggota dan pegawai terlibat masih bertugas seperti biasa. Satu mesyuarat bersama pihak istana akan diadakan esok bagi membincangkan tindakan susulan berhubung kejadian itu,” katanya, memetik laporan Buletin TV3.

Dalam kejadian kelmarin, seorang wanita tempatan direman tiga hari selepas melepasi kawalan keselamatan dan menghampiri Sultan Nazrin di atas pentas utama ketika sambutan rasmi Hari Kebangsaan Peringkat Perak di Ipoh.

Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, perintah reman dikeluarkan bermula semalam (Isnin) hingga Rabu.

Hasil siasatan awal mendapati wanita terbabit mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah, namun ujian saringan air kencingnya didapati negatif selain pernah menerima rawatan psikiatri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan menyebabkan cedera parah. – 2 September, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Related