◉ HEADLINES

Spekulasi Amanah mahu kuasai Nafas: ‘ia tiada kena mengena dengan politik’ jelas Mohamad

Penggantungan itu telah dibincangkan bersama dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum keputusan dibuat

3:58 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Sebaliknya, kata beliau, penggantungan itu telah dibincangkan bersama dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum keputusan dicapai.

Ini kerana, kata Presiden Amanah itu, kerajaan mahu membuat perubahan tatakelola yang lebih baik.

“Spekulasi yang dimainkan ialah Amanah (Parti Amanah Negara) mahu kuasai Nafas dengan membuang semua orang Umno dalam Nafas… ia (sebenarnya) tiada kena-mengena dengan politik dan Datuk Seri Ahmad Zahid (juga) bersetuju dan sokong (bahawa ia tidak membabitkan politik),’’ katanya dipetik dari Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Amanah Negeri Perak 2024, hari ini.

Perlembagaan Nafas digantung berkuat kuasa 1 November lalu bagi menambah baik tatakelola dan tadbir urus pertubuhan itu.

Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Amir Matamin berkata selaku Pendaftar Pertubuhan Peladang, beliau mengeluarkan arahan itu di bawah Seksyen 20 (1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109), susulan konflik dalaman dan ketidakharmonian yang telah menjejaskan operasi dan fungsi Nafas.

Pada 29 Oktober lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadap kewujudan kartel dalam pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi di sebuah pertubuhan di bawah kawalan sebuah kementerian yang dianggarkan bernilai RM1.8 billion.

Menurut sumber, siasatan SPRM itu menjurus kepada kesalahan rasuah dalam perolehan baja atau bahan mentah daripada syarikat-syarikat terpilih.

Isu itu turut mendapat perhatian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan tidak akan menghalang dan masuk campur dalam siasatan terhadap Nafas.

Beliau berkata, siasatan perlu dilakukan dengan adil tanpa mengira pangkat dan jawatan ataupun sama ada melibatkan syarikat kerajaan mahupun swasta. – 10 November, 2024

Topics

 

◉ Hangat

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

◉ Related