HEADLINES

Mahkamah Koroner benar bapa kandung Zara Qairina hadir prosiding inkues

Prosiding inkues selama 19 hari yang bermula hari ini dijangka memanggil saksi pertama pada jam 2 petang

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Koroner Kota Kinabalu membenarkan bapa kandung Zara Qairina Mahathir, Mahathir Hashim@Marikin, 44, untuk menjadi pihak berkepentingan dalam inkues kematian anaknya.

Permohonan itu dibenarkan Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Amir Shah Amir Hassan, yang bertindak sebagai Koroner untuk membolehkan bapa Allahyarham terbabit dalam prosiding inkues melalui pasukan peguamnya.

Pasukan peguamnya terdiri daripada Sherzali Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad, lapor Berita Harian.

Prosiding inkues selama 19 hari yang bermula hari ini dijangka memanggil saksi pertama pada jam 2 petang.

Seramai 70 saksi, termasuk pakar patologi menjalankan bedah siasat ke atas pelajar Tingkatan Satu itu akan dipanggil memberi keterangan dalam prosiding inkues dikendalikan Timbalan Ketua Pendakwaan II, Datuk Badius Zaman Ahmad.

Allahyarham Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai lalu.

Remaja berkenaan sebelum itu dimasukkan ke hospital selepas ditemukan tidak sedarkan diri tepi longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada jam 4 pagi, 16 Julai. – 3 September, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related