HEADLINES

AGC arah polis lengkapkan segera laporan siasatan kes kematian dalam tahanan

AGC memberitahu ia bagi memboleh kes tersebut dirujuk kepada Mahkamah Koroner untuk menentukan punca dan sebab kematian

1:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Bukit Aman untuk segera melengkapkan laporan siasatan berhubung kematian M. Manisegaran di dalam tahanan.

Dalam kenyataannya, AGC memberitahu, ia bagi memboleh kes tersebut dirujuk kepada Mahkamah Koroner untuk menentukan punca dan sebab kematian.

“Laporan penuh siasatan tersebut dijangka dirujuk kepada Jabatan ini dalam masa terdekat.

“Jabatan ini kekal komited memastikan setiap kes kematian dalam tahanan ditangani secara telus, menyeluruh dan selaras dengan undang-undang yang berkuat kuasa,’’ katanya.

Media sebelum ini melaporkan media melaporkan Menteri Digital Gobind Singh Deo menggesa AGC menjelaskan dakwaan berhubung seorang pemandu lori yang meninggal dunia dalam tahanan polis tetapi tidak disiasat selepas lebih sembilan bulan.

Manisegaran, seorang pemandu lori, meninggal dunia pada 22 Februari lalu selepas ditahan di Balai Polis Sunway, Petaling Jaya.

Menurut isterinya, terdapat kesan kecederaan pada dada, selain patah gigi dan darah pada mata Manisegaran.

Sementara bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, menuntut satu siasatan bebas sepenuhnya terhadap kematian M. Manisegaran, sambil mengkritik apa yang disifatkannya sebagai budaya kebal dalam kalangan polis dalam kes-kes kematian dalam tahanan.

Beliau turut memetik data daripada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang menunjukkan 430 kematian dalam tahanan polis antara 2011 dan 2021.

Angka ini, katanya menuntut pembaharuan segera serta penubuhan sebuah badan pemantau bebas yang mempunyai kuasa untuk menyiasat dan mendakwa salah laku. – 6 Disember, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

Related