◉ HEADLINES

Kes bunuh Maniishapriet dipindah ke Mahkamah Tinggi Shah Alam

Tertuduh, pasangan kekasih M Sri Darvien dan V D Thineswary didakwa bersubahat dan membunuh Maniishapriet Kaur Akhara, Jun lalu

11:53 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret Sepang hari ini memerintahkan kes pasangan kekasih yang berdepan pertuduhan bersubahat dan membunuh pelajar universiti Maniishapriet Kaur Akhara, Jun lalu dipindah ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Majistret Khairatul Animah Jelani memerintahkan keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin, untuk memindahkan kes dihadapi M Sri Darvien dan teman wanitanya, V D Thineswary, masing-masing berusia 19 tahun, lapor Harian Metro.

“Kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi (Shah Alam),” katanya ringkas.

Sri Darvien, seorang penganggur didakwa membunuh Maniishapriet di sebuah kondominium di Cyberjaya, antara jam 9.11 malam sehingga 11.31 malam, pada 23 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum gantung sampai mati atau boleh dipenjara maksimum 40 tahun dengan 12 kali sebatan.

Thineswary yang juga rakan serumah mangsa pula didakwa bersubahat dengan Sri Darvien di lokasi dan hari yang sama.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman sama dengan Sri Darvien. – 11 September, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Malaysia pulls the plug on Kuwaiti Hornet deal after years of turbulence

RMAF walks away from costly, outdated aircraft amid rising concerns over integration, support, and long-term value

More than 100 Foodpanda riders protest over low wages at company headquarters

New Google Maps-based system forces riders to make more deliveries to make ends meet

◉ Related