HEADLINES

Ahli Parlimen Sungai Petani pula diugut video lucah, cuba peras AS$100,000

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan turut menerima ugutan yang sama

10:03 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Petani, Mohammed Taufiq Johari mendedahkan menerima email mengandungi video lucah yang memaparkan gambar beliau yang telah disunting menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), pada 12 September lalu.

Menurut beliau, email daripada akaun yang tidak dikenali itu mengugutnya supaya membayar wang sebanyak AS$100,000 sebagai tebusan untuk mengelakkan penyebaran video itu.

Video tersebut, kata beliau, disunting dengan niat untuk menjatuhkan maruah dan integritinya.

“Saya ingin menegaskan bahawa ugutan ini adalah perbuatan jenayah siber yang amat serius.

“Justeru, saya telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi siasatan lanjut berhubung penyalahgunaan teknologi AI dalam cubaan menyebarkan fitnah dan pornografi palsu,’’ katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Taufik juga akan membuat laporan polis agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan menyeluruh terhadap email tersebut yang dipercayai dari scammer dan pihak tidak bertanggungjawab.

Semalam, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, mendedahkan beliau menerima ancaman melalui e-mel daripada seorang individu tidak dikenali yang mendakwa memiliki sebuah video yang memalukan, kononnya memaparkan beliau bersama seorang lelaki lain.

“Dia bagi screenshot (tangkap layar) video siap bagi kod QR kononnya untuk pindahkan wang.

“Screenshot (tangkap layar) video itu nampak seperti seorang lelaki di katil bilik dan setting (tetapan) kabur macam video yang pernah ada dahulu… cuma nampak macam muka saya,’’ katanya.

Menurut Rafizi, beliau turut menerima mesej daripada Ahli Parlimen Subang, Wong Chen yang memberitahu menerima emel ugutan sama semalam.

Dalam pada itu, Taufiq menyeru orang ramai supaya berhati-hati dengan sebarang bentuk penipuan atau ugutan melalui internet.

“Penyebaran kandungan palsu sebegini bukan sahaja mencemarkan maruah individu, tetapi juga mengancam keselamatan masyarakat secara keseluruhan,’’ katanya. – 14 September, 2025

Topics

 

Hangat

ASNB announces RM2.18 bil dividend payout

ASB 2 declares distribution of 5.50 sen per unit to 614,309 unitholders while ASM declares five sen per unit to 740,513 unitholders

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

High-Tech, sustainable, and aligned: Budget 2026 validates Grab Malaysia’s core mission

Grab Malaysia remain committed to continue collaborating with the government and like-minded, industry stakeholders to future-proof the nation

Related