HEADLINES

Sumbangan kewangan PRU15: ‘Patutlah PAS sanggup tinggalkan Umno dalam MN’ : Asyraf

Pendedahan oleh Marzuki mengesahkan cakap-cakap sebelum ini, kata Asyraf

9:10 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pendedahan bekas Setiausaha Politik Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Bersatu turut memberikan sumbangan kewangan kepada PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah mengesahkan cakap-cakap sebelum ini.

Ketika itu, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, ramai yang memberikan maklumat mengenai bantuan kewangan tersebut.

“Patutlah PAS anggup meninggalkan UMNO dalam Muafakat Nasional untuk bersama Bersatu mendaftar dan menubuhkan Parti Perikatan Nasional.

“Memang waktu itu lagi ramai yang memberikan maklumat bahawa Bersatu menawarkan kepada PAS bantuan kewangan hadapi PRU15.

“Justeru, hari ini apabila bekas Setiausaha Politik Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mendedahkan segala perbelanjaan Perikatan Nasional termasuk calon-calon PAS ditanggung Bersatu hanya mengesahkan cakap-cakap waktu itu,’’ katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Marzuki Mohamad mendedahkan Parti Bersatu menanggung sepenuhnya perbelanjaan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu termasuk sumbangan kewangan kepada PAS.

PAS tidak menghadapi masalah besar berhubung perbelanjaan PRU15 kerana ditanggung PN.
Sementara perbelanjaan PN pula, kata beliau, semuanya ditanggung oleh Bersatu.

Hasilnya, kata beliau, PAS menang menang 43 kerusi Parlimen pada PRU15, iaitu jumlah yang terbesar dalam sejarah parti berkenaan sejak 70 tahun berada di persada politik Malaysia.

“Apabila mereka (PAS) bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional, semua peralatan pilihan raya yang menggunakan logo PN disediakan oleh PN.

“Perbelanjaan PN pula semuanya ditanggung oleh Bersatu malah Bersatu juga memberikan sumbangan kewangan yang bukan sedikit kepada PAS. – 17 September, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Related