HEADLINES

Isu rogol statutori: cadangan Ketua Polis Kelantan pandangan peribadi: Saifuddin

Beliau turut menempelak segelintir pihak termasuk kumpulan hak asasi manusia yang mengecam cadangan Yusoff

3:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan kenyataan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat yang menggesa undang-undang diambil terhadap kedua-dua pihak terlibat dalam hubungan seks suka sama suka bawah umur, sebagai pandangan peribadi.

Menurut Saifuddin, cadangan tersebut adalah berdasarkan kepada angka dan statistik kes tersebut di Kelantan.

“Itu pendapat dia. Kekal sebagai pendapat dia dulu. Belum sampai untuk saya bagi komen apa-apa. Datuk Mohd Yusoff bagi pandangan berasaskan kepada angka-angka yang berlaku di Kelantan,’’ katanya.

Saifuddin berkata demikian selepas melakukan tinjauan di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara sempena hari pertama penggantian cip MyKad rosak percuma di Putrajaya, hari ini.
.
Baru-baru ini Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata statistik menunjukkan hampir 90% kes rogol bawah umur di Kelantan berlaku atas dasar suka sama suka, bukannya paksaan.

Justeru Yusoff mencadangkan supaya undang-undang sedia ada perlu diperhalusi semula supaya masyarakat lebih memahami kesan sesuatu kesalahan, sekali gus membantu membendung peningkatan kes pada masa akan datang.

Mengulas lanjut, Saifuddin turut membidas segelintir pihak termasuk hak asasi manusia yang mengeluarkan kenyataan pandangan Yusoff itu.

“Kalau bagi pandangan sampai bergegar satu negara, apa hal? Jadi ada kalangan setuju, ada kalangan tak setuju. Tapi apakah pasti (cadangan itu) sudah dibentangkan dalam Parlimen, sudah dilakukan, dibuat libat urus, sudah dibuat pindaan, tak ada akta berkaitan, tak berlaku pun. Jadi biarlah.

“Polis kena baling batu, kau senyap. Jadi benda-benda kenyataan terpilih macam itu pun malang juga bagi sekumpulan peguam profesional. Seolah-olah hak asasi hanya pada orang tertentu saja,” katanya. – 23 September, 2025

Topics

 

Hangat

National Unity Ministry sec-gen lodges police report over graft allegations

Viral posting claims Datuk Azman Mohd Yusof orchestrated price markups, received kickbacks

No smoke from fires crossing into neighbouring nations, Indonesia reiterates

Indonesia has doubled down on its assertions that none of its smoke haze arising from forest and land fires has reached its neighbouring countries.

Six foreign players max on matchday under new MFL rule

Set to start in 2025-2026 M-League season, new quota reflects MFL’s commitment to strengthening national squad, ensuring clubs spend within their means

Related