HEADLINES

Datchinamurthy digantung di Singapura selepas rayuan pengampunan kepada Presiden gagal

Rakyat Malaysia itu ditahan pada 2011 dan dijatuhi hukuman mati pada 2015 kerana menyeludup 44.96g diamorphine ke negara itu

6:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Singapura menghukum mati rakyat Malaysia K Datchinamurthy petang ini atas kesalahan menyeludup 44.96g diamorphine ke negara itu.

Biro Narkotik Pusat Singapura dalam satu kenyataan mengesahkan pelaksanaan hukuman itu.

Kenyataan itu berkata, Datchinamurthy ‘telah melalui proses undang-undang yang lengkap serta diwakili peguam sepanjang perbicaraan dan rayuannya’.

Menurut biro itu, rayuan warga Malaysia itu kepada presiden Singapura tidak berjaya.

“Hukuman mati hanya dijatuhkan bagi jenayah-jenayah paling berat, contohnya mengedar dadah dalam jumlah besar yang membawa padah amat buruk, bukan hanya kepada penagih, malah kepada keluarga dan seluruh masyarakat,” jelas biro itu.

Pelaksanaan hukuman mati Datchinamurthy pada mulanya dijadualkan pagi ini tetapi ditangguhkan, tanpa sebabnya didedahkan. Keluarganya dimaklumkan mengenai perkara itu melalui panggilan dari penjara Changi selepas tengah malam tadi.

Sementara itu, peguam keluarga, N. Surendran, berkata mereka dimaklumkan pada sebelah petang bahawa hukuman mati akan diteruskan, selepas diberitahu pada awal pagi ia telah ditangguhkan.

“Pagi ini pada jam 12.30 pagi, keluarga Datchinamurthy menerima berita bahawa hukuman mati ditangguhkan. Kami terkejut, sebentar tadi, keluarga dimaklumkan bahawa hukuman mati akan diteruskan, dan untuk menuntut mayat pada jam 3 petang,” katanya dalam satu kenyataan.

Datchinamurthy ditahan pada 2011 dan dijatuhi hukuman mati pada 2015. Dia dijadualkan menjalani hukuman mati pada 2022 tetapi ditangguhkan sementara menunggu saman sivil terhadap kerajaan Singapura berhubung hukuman mati ke atasnya.

Dia adalah salah seorang daripada empat banduan akhir warga Malaysia di Singapura. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sebelum ini menggesa kerajaan agar campur tangan dalam pelaksanaan hukuman mereka.

Tiga lagi banduan akhir warga Malaysia ialah daripada P Pannir Selvam, S Saminathan dan R Lingkesvaran. – 25 September, 2025

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Is it costly for small businesses to obtain halal certification?

A restaurant owners’ group agrees it can be, while application guidelines show fee is not high but added costs lie in the process to achieve compliance

Related