HEADLINES

AS iktiraf Malaysia pemudah genjatan senjata konflik Thai-Kemboja: PM

Pengiktirafan itu disampaikan ketika perbualan telefon Anwar Ibrahim bersama Presiden Donald Trump

6:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf kejayaan Malaysia dalam memudah cara perjanjian gencatan senjata antara Kemboja-Thailand dan menyifatkannya sebagai pencapaian besar yang memperlihatkan kewibawaan negara serta keteguhan ASEAN.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dinyatakan Presiden AS Donald Trump menerusi panggilan telefon hari ini.

Dalam perbualan itu, Anwar turut menegaskan komitmen Malaysia selaku Pengerusi ASEAN untuk terus memainkan peranan proaktif dalam memastikan keamanan serantau, khususnya terkait isu Kemboja-Thailand.

“Saya turut sampaikan penghargaan kepada beliau atas peranan yang dimainkan oleh AS dalam memastikan gencatan senjata tersebut tercapai,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Malaysia, dengan sokongan AS dan China, menjadi perantara dalam memeterai perjanjian damai bagi menamatkan konflik ketenteraan antara Kemboja dengan Thailand pada 28 Julai lepas dan mesyuarat Luar Biasa Jawatankuasa Sempadan Am di sini pada 7 Ogos bagi mengukuhkan perjanjian damai itu.

Thailand dan Kemboja bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat susulan ketegangan yang memuncak antara kedua-dua negara di sepanjang sempadan yang dipertikai.

Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan khas antara Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand ketika itu Phumtham Wechayachai di Putrajaya, yang dipengerusikan oleh Anwar pada hari sama. 

Menerusi hantaran itu, Perdana Menteri juga berkata Malaysia menantikan kehadiran Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bulan depan, yang akan menjadi platform penting untuk mengukuhkan kerjasama demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.

Perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin berlangsung ketika Anwar menerima kunjungan hormat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat Jamieson Greer yang berada di Malaysia bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan Mesyuarat Berkaitan. – 25 September, 2025

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related