◉ HEADLINES

PM terima kunjungan hormat Prabowo, ‘perjalanan karier politik kami hampir sama…’

Ini lawatan pertama Prabowo ke Malaysia selepas diumum sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029

1:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto.

Prabowo tiba di Perdana Putra pada jam 9 pagi yang sebahagian daripada rangka lawatan khas sehari beliau ke Malaysia.

Ini lawatan pertama beliau ke negera ini selepas diumum sebagai pemenang rasmi Pemilihan Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029.

Semalam, pesawat membawa Prabawo bersama delegasi selamat mendarat di Pangkalan Udara di Subang pada jam 10.15 malam.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Sementara itu, Anwar menerusi perkongsian di Facebooknya memaklumkan pertemuan tersebut digunakan untuk berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat mengenai karier masing-masing dan hala tuju seterusnya dalam merapatkan lagi hubungan Malaysia-Indonesia.

Katanya, perjalanan karier politik mereka hampir sama apabila diuji dengan pelbagai cabaran sebelum dilantik untuk menerajui negara.

“Ia juga menjadi topik perbincangan santai selain diselang-seli dengan kisah Prabowo sewaktu beliau melanjutkan pelajaran dan pendidikan menengah di Victoria Institution (VI) Kuala Lumpur,” katanya.

Pada masa sama, Anwar turut menzahirkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada Prabowo yang bakal dilantik sebagai Presiden Indonesia Kelapan.

“Semoga hubungan persahabatan Malaysia-Indonesia terus erat dan diperkukuh demi kebaikan bersama di masa hadapan,” katanya. – 4 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

Sunway-IJM proposed merger to create mega construction firm

However, the deal may put focus on Bumiputera, national interests

MMA wants RM50 minimum for GP consultation fees, says RM10 ‘not enough’

Association says two-decade-old rate makes private practice unsustainable and fails to reflect doctors’ true value

◉ Related