HEADLINES

Pelaksanaan Budi95 sektor ekonomi gig perlu sampai kumpulan sasar, elak salah guna: Penghantar

Penghantar berkata penerima perlu mempunyai EVP, profil ID pemandu, lesen vokasional PSV dan insurans e-hailing yang sah

11:46 AM MYT

 


KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa memastikan pelaksanaan inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95) sektor ekonomi gig benar-benar sampai kepada kumpulan sasar dengan memenuhi syarat-syarat ditetapkan seperti memiliki Permit Kenderaan E-Hailing (EVP) yang sah.

Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar) berkata, langkah ini penting bagi memastikan hanya kumpulan yang layak menerima subsidi ini.

“Ia sekaligus mengelakkan sebarang bentuk ketirisan termasuk tuntutan gandaan melalui pelbagai syarikat yang akan memberi impak kepada kewangan negara,” kata persatuan itu yang turut merakam penghargaan terhadap keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas Penghantar, selain memiliki EVP yang sah, kumpulan penerima perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan melalui Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 iaitu mempunyai profil ID pemandu yang sah, lesen vokasional PSV dan insurans e-hailing yang sah.

“Kami juga menggesa kerajaan untuk melaksanakan kajian bagi pengawalan pendaftaran
pemandu e-hailing dan p-hailing baharu bagi memastikan tiada individu mengambil kesempatan mendaftar sebagai penggiat industri bagi menyalahgunakan subsidi bersasar ini untuk kepentingan peribadi.

“Langkah ini juga dapat mengawal lambakan pemandu dan penghantar sektor ini yang turut
memberi impak kepada pendapatan kami di lapangan,” katanya.

Penghantar berpandangan bahawa langkah proaktif kerajaan ini bukan sahaja meringankan
beban penggiat industri, malah membuktikan kerajaan mendengar maklum balas
daripada akar umbi industri yang menjadi sebahagian daripada ekosistem ekonomi negara. – 26 September, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

Related