HEADLINES

Asean mesti pulihkan kredibiliti lima perkara, kekalkan kestabilan di Myanmar: Mohamad Hasan

Asean amat kecewa apabila gencatan senjata yang dipersetujui di Myanmar telah dicabuli di beberapa kawasan

8:36 AM MYT

 

NEW YORK – Asean mesti meneruskan usaha untuk memulihkan kredibiliti Konsensus Lima Perkara di samping memupuk keselamatan dan kestabilan di Myanmar.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Asean amat kecewa apabila gencatan senjata yang dipersetujui di Myanmar telah dicabuli di beberapa kawasan, manakala keganasan terus membahayakan orang awam.

“Mereka yang berkuasa mempunyai tanggungjawab untuk mengingati bahawa Myanmar adalah sebahagian daripada rantau, bukan negara terpencil. 

“Terdapat masa depan yang cerah dan selamat untuk semua rakyat kita jika kita bekerjasama dengan penuh keikhlasan ke arah penyelesaian krisis di negara itu yang dipimpin dan dimiliki oleh rakyat Myanmar sendiri,” katanya.

Mohamad berkata demikian ketika menyampaikan Kenyataan Negara pada Sesi ke-80 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di ibu pejabat PBB di sini pada Sabtu.

Menurut Mohamad, Asean akan terus memainkan peranan penting sebagai sebuah blok serantau dalam memastikan keamanan, memperkukuh keselamatan, meningkatkan daya tahan ekonomi dan memajukan matlamat kemampanan di seluruh rantau ini.

Sebagai pengerusi Asean pada 2025, Mohamad berkata Malaysia juga menyedari betapa besar usaha yang diperlukan untuk mencapai keamanan.

“Apabila konflik kian memuncak di antara jiran kita, Asean tidak berdiam diri. Kita tampil, mempertemukan kedua-dua pihak di Malaysia dan melaksanakan gencatan senjata – satu langkah yang kini dipastikan Asean terus berakar umbi melalui pemantauan aktif di lapangan.

“Ya, cabaran tetap ada. Tetapi mesej kita jelas – Asean akan kekal di meja rundingan, menggesa kedua-dua negara menghormati komitmen mereka. 

“Tiada konflik, sama ada antara negara atau dalam negara, yang berbaloi untuk mempertaruhkan kestabilan rumah kita,” katanya.

Beliau berkata menjadi satu penghormatan, dan pada masa sama tugas terbesar Malaysia  untuk menangani cabaran Asia Tenggara tahun ini.

Mohamad berkata blok serantau yang merangkumi 10 negara anggota itu telah menerima perubahan, memperluas keanggotaan dan giat berinteraksi dengan dunia sepanjang 58 tahun lalu, sambil kekal komited menangani cabaran dalaman mahupun cabaran yang muncul dari luar rantau.

Mohamad turut menegaskan Laut China Selatan tidak boleh dijadikan alat dalam persaingan strategik.

“Asia Tenggara dan perairannya tidak boleh sekali lagi menjadi pentas persaingan kuasa besar. 

“Oleh itu, kami menggesa semua pihak agar mematuhi sepenuhnya UNCLOS (Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut), serta mengelak daripada sebarang tindakan yang boleh mencetuskan salah perhitungan atau konflik di perairan yang kita kongsi bersama,” katanya.

Dalam ucapannya, Mohamad turut menekankan bahawa Malaysia akan terus memperjuangkan hak dan keperluan negara-negara Selatan Global secara keseluruhan.

Beliau berkata negara-negara Selatan Global sekian lama menanggung beban dasar ekonomi yang tidak seimbang, yang meminggirkan negara membangun dan menghalang mereka daripada mengambil bahagian secara adil dalam ekonomi global.

Ia juga berdepan jurang pembiayaan yang besar untuk pembangunan mampan, meskipun menjadi tempat tinggal bagi populasi paling terdedah di dunia, tegas beliau. 

“Ironinya amat menyakitkan, kita merupakan majoriti dunia namun kekal kurang diwakili dalam membuat keputusan, kurang dilayani dalam pembiayaan pembangunan dan diketepikan dalam tadbir urus global. 

“Ketidakseimbangan ini mesti diperbetulkan. Suara, keperluan dan aspirasi Selatan Global bukanlah perkara sampingan,” katanya.

Mohamad berkata suatu tatanan antarabangsa yang lebih adil tidak mungkin dapat dibina tanpa meletakkan Selatan Global di tengah-tengahnya, sambil menambah Malaysia akan terus memperjuangkan maruah, kesaksamaan dan peluang untuk semua negara membangun. – 28 September, 2025

Topics

 

Hangat

PIDM: Building resilience to safeguard your deposits

PIDM protects up to RM250,000 per depositor per member bank and up to RM500,000 for takaful and insurance benefits. For health-related insurance, PIDM protects 100% of your healthcare benefits.

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

FIFA slams FAM: Forged documents, fines and 12-month suspension rattles Malaysian football

World football’s governing body has sanctioned the Football Association of Malaysia (FAM) and seven naturalised players for using falsified documents to secure eligibility in the Asian Cup qualifier against Vietnam in June

Related