◉ HEADLINES

PRK Pelangai: Peratusan pengundi muda sebelah pagi memberangsangkan

SPR yakin peratusan keluar mengundi akan mencapai sasaran 70 peratus apabila proses mengundi tamat pada 6 petang ini

1:31 PM MYT

 

BENTONG – Peratusan keluar mengundi dalam kalangan pengundi muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai amat memberangsangkan setakat 11 pagi tadi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, ia adalah satu perkembangan yang baik jika dibandingkan dengan beberapa PRK sebelum ini.

“Kita dapat lihat para pengundi datang awal dan berbaris panjang. Yang sudah-sudah, pengundi muda selalunya (datang) lambat sedikit.

“Ini menunjukkan perubahan dalam semangat anak-anak muda untuk mengundi,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Chemomoi di sini, hari ini.

Abdul Ghani berkata, pihaknya yakin peratusan keluar mengundi akan mencapai sasaran 70 peratus apabila proses mengundi tamat pada 6 petang ini.

“Insya-Allah, cuaca pun nampak tidak begitu panas, saya menyeru semua pengundi untuk keluar mengundi pada masa yang kami galakkan,” katanya.

PRK Pelangai menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.

PRK Pelangai merupakan PRK keempat diadakan selepas PRU-15 pada 19 November lepas, selepas PRK Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos lalu serta PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang diadakan serentak pada 9 September. – 7 Oktober, 2023

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

Parcel Shield anti-fraud initiative launched against parcel scams

Led by the Postal Forum, a self-regulatory body under the Malaysian Communications and Multimedia Commission, it aims to deal with scams involving deliveries and impersonation of legitimate couriers, among others

◉ Related