HEADLINES

13 juta rakyat belanja RM1 bilion bawah Sara, nafi MyKad menyusahkan: Amir Hamzah

Menteri Kewangan II menafikan dakwaan penggunaan MyKad untuk menikmati bantuan itu menyukarkan warga emas atau penduduk luar bandar

9:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata hampir 13 juta warga Malaysia yang layak telah menebus bantuan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) untuk membeli barangan keperluan membabitkan perbelanjaan berjumlah RM1 bilion.

Beliau berkata, inisiatif itu sangat membantu kumpulan isi rumah B40, terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Di Sabah, lebih 98% daripada 1.2 juta penerima yang layak telah menggunakan Sara untuk membeli barangan keperluan, manakala di Labuan, 65% daripada hampir 50,000 penerima menebus RM100 mereka.

Amir Hamzah turut menolak dakwaan penggunaan MyKad untuk menikmati bantuan itu menyukarkan warga emas atau penduduk luar bandar.

“Ini terbukti dengan kadar penebusan di negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak antara tertinggi di seluruh negara,” katanya selepas melawat peruncit menyertai program Sara di Labuan, semalam.

Skim itu menurut beliau, turut memanfaatkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menikmati jualan lebih kukuh susulan peningkatan kuasa membeli penerima.

“Jumlah kedai runcit yang menyertai Sara meningkat daripada 7,300 pada awal tahun kepada lebih 8,100 (ketika ini) di seluruh negara.”

Jelasnya, hampir sembilan juta warga Malaysia layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), manakala liputan Sara diperluas kepada 5.4 juta penerima mulai 1 April lalu, iaitu hampir lapan kali ganda daripada 700,000 penerima terdahulu.

Di bawah Sara, penerima dibenar menebus pelbagai jenis barangan keperluan, termasuk makanan ruji seperti beras, roti dan telur; keperluan memasak (minyak masak, tepung) barangan dalam tin dan mi segera, produk kebersihan diri (sabun, ubat gigi, tuala wanita), produk pembersihan rumah, ubat-ubatan, alat tulis dan pakaian seragam.

“Kategori ini memastikan keluarga bukan saja memenuhi keperluan pemakanan harian mereka, tetapi juga akses kepada barangan keperluan isi rumah pada harga berpatutan,” katanya. – 29 September, 2025

Topics

 

Hangat

[UPDATED] Welcome back to the Black Parade: My Chemical Romance set to rock Malaysia in 2026

Emo legends to play Bukit Jalil on April 30 as part of their long-awaited world tour, with Malaysian tickets ranging from RM299 to RM1,099 and sales opening on July 11, 2025

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related