HEADLINES

Kerajaan tidak cadang kenakan caj kenderaan persendirian masuk bandar: Anwar

Perdana Menteri berkata kerajaan akan pertimbang caj hanya selepas rangkaian sistem pengangkutan awam pada tahap baik dan menyeluruh

4:39 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan buat masa ini tidak bercadang untuk mengenakan caj ke atas kenderaan persendirian yang masuk ke bandar kerana ia membebankan.

Perdana Menteri berkata, langkah itu belum sesuai dilaksanakan dalam masa terdekat dan hanya akan dipertimbangkan selepas rangkaian infrastruktur pengangkutan awam negara berada pada tahap baik dan menyeluruh.

“Sesetengah negara mengenakan bayaran lain untuk masuk ke kota, tetapi kita tidak mencadangkan perkara itu kerana ia mungkin membebankan.

“Namun, jika rangkaian pengangkutan awam di kota besar adalah menyeluruh dan baik, barulah kita harus memikirkan perkara itu,” katanya ketika berucap merasmikan Terminal Bersepadu Gombak (TBG), hari ini lapor Bernama.

Perdana Menteri berkata penyediaan kemudahan seperti TBG bukan hanya bersifat fizikal tetapi merupakan sebahagian daripada pendekatan menyeluruh dalam usaha menyediakan kemudahan pelbagai guna untuk rakyat.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata kerajaan sedang meneliti untuk mengenakan caj kesesakan bagi mengurangkan jumlah kenderaan memasuki pusat bandar.

Inisiatif itu menurutnya, dipertimbangkan dalam Pelan Induk Trafik Kuala Lumpur 2040 untuk mengurangkan kesesakan waktu puncak.

Zaliha turut menjelaskan caj kesesakan ke atas pemandu untuk masuk ke bandar dijangka dapat mengurangkan kesesakan trafik di ibu negara sehingga 20%.

TBG, yang beroperasi 24 jam sebagai pusat transit untuk perjalanan ke seluruh Semenanjung, Singapura dan Hatyai di Thailand, mampu menampung hingga 1,500 perjalanan bas serta 52,000 pengguna harian. 

Terminal ini mempunyai tujuh tingkat dengan lebih 140 lot sewaan termasuk dewan perkahwinan, pusat sukan dan 1,200 petak parkir kereta. – 29 September, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related