HEADLINES

Wan Saiful buat laporan pada Lembaga Disiplin ke atas Azmin dakwaan komplot singkirkan presiden

Beliau menyifatkan dakwaan cuba menyingkirkan presiden sebagai naratif songsang dan cubaan membunuh karakter mereka

5:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Wan Saiful Wan Jan akan membuat aduan mengenai salah laku Datuk Seri Azmin Ali, yang juga Setiausaha Agung Bersatu kepada Lembaga Disiplin parti berhubung dakwaan wujudnya komplot untuk menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi Bersatu itu, aduan yang sama turut akan difailkan terhadap Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

‘Mungkin petang ini kalau sempat, kalau tidak esok pagi saya akan serahkan, kita harap Lembaga Disiplin akan pertimbangkan.

“Kesimpulannya, saya ingin nyatakan bahawa saya akan menghantar laporan disiplin berhubung salah laku Azmin Ali dan Tun Faisal.

“Kedua, selepas mendengar semua penjelasan, saya berharap dan percaya bahawa semua pihak, termasuk pimpinan tertinggi parti, akan lebih memahami keadaan sebenar,,’’ katanya sidang media di Petaling Jaya, hari ini.

Menurut Wan Saiful, dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan naratif songsang telah disebarkan mengenai kewujudan Surat Akuan Bersumpah (SD) yang ditandatangani 120 ketua bahagian kononnya untuk menjatuhkan presiden parti.

Sebaliknya, kata beliau, dokumen berkenaan adalah tandatangan yang dikumpulkan oleh ketua-ketua bahagian tersebut yang mencadangkan supaya nama calon Perdana Menteri tidak dibincangkan pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) baru-baru ini.

Ini kerana, katanya, ia adalah isu dalaman dan tidak perlu dibawa ke PAT memandangkan perkara berkenaan boleh mengundang reaksi negatif PAS.

Selain itu, SD itu sebenarnya sokongan terhadap pelan peralihan kuasa yang dipersetujui parti berkenaan tahun lalu.

“Namun timbul naratif songsang bahawa kami mahu menjatuhkan presiden. Nama baik kami dan 120 Ketua Bahagian diserang secara terbuka. Mereka nak bunuh karakter kami sebab itu kami adakan sidang media bagi menjelaskan isu sebenar,’’ katanya.

Wan Saiful juga memberitahu, beliau akan bertemu Muhyiddin pada Rabu ini bagi memberikan penjelasan dan pencerahan mengenai isu SD tersebut.

Media sebelum ini melaporkan empat ketua bahagian Bersatu termasuk Wan Saiful akan dihadapkan ke Jawatankuasa Lembaga Disiplin untuk tindakan tatatertib berhubung dakwaan cuba menjatuhkan presiden.

Selain Wan Saiful, tiga pemimpin Bersatu lain ialah Ketua Bahagian Ampang, Mohd Isa Saidi; Ketua Bahagian Sepang, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali dan Ketua Bahagian Ipoh Timor, Muhammad Fadhli Ismail. Bagaimanapun pertemuan itu ditangguhkan.

Dalam pada itu, Wan Saiful mendakwa Azmin telah memanggil Ketua Bahagian Sepang, Datuk Suhaimi Ghazali dan Ketua Bahagian Puchong, Shukor Mustafa pada 19 Ogos lalu.

Dalam pertemuan itu, beliau mendakwa Azmin mengugut mereka tidak akan mendapat watikah calon untuk bertanding pada pilihan raya sekiranya mereka tidak menarik balik SD untuk menjatuhkan Presiden. – 29 September, 2025

Topics

 

Hangat

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Related