HEADLINES

Malaysia sedia hantar pasukan SMART ke Filipina susulan gempa bumi yang mengorbankan 69 nyawa

Zahid berkata sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, beliau melihat langkah itu dapat menzahirkan komitmen Malaysia terhadap solidariti serantau Asean

10:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Malaysia bersedia menghantar pasukan SMART bagi melaksanakan misi bantuan kecemasan ke Filipina sekiranya terdapat permintaan dan keperluan, susulan gempa bumi yang melanda negara berkenaan hingga mengorbankan puluhan nyawa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, beliau melihat langkah itu dapat menzahirkan komitmen Malaysia terhadap solidariti serantau Asean.

Pada masa sama, katanya, memastikan bantuan kemanusiaan dapat digerakkan segera demi menyelamatkan nyawa dan memulihkan kehidupan mangsa bencana di negara tersebut.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan agar rakyat Filipina terus dikurniakan kekuatan, ketabahan dan perlindungan Ilahi dalam menghadapi ujian besar ini.

“Semoga setiap usaha mencari dan menyelamat dipermudahkan, setiap mangsa yang terjejas mendapat pembelaan, dan negara Filipina kembali pulih dan membina semula kehidupan rakyatnya yang terjejas akibat gempa bumi yang berlaku,’’ katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Gempa bumi berukuran 6.9 magnitud yang melanda Pulau Cebu malam semalam telah meragut 69 nyawa, setakat ini.

Sementara Reuters melaporkan, pasukan penyelamat di Filipina bergelut dengan masa bagi mencari mangsa yang terselamat di bawah lumpur dan celah runtuhan bangunan

Pada masa sama, pihak berkuasa menyeru bantuan kepada hospital yang dibanjiri mangsa yang cedera susulan gempa bumi paling dahsyat dalam lebih sedekad.

Bantuan yang diperlukan pada kadar segera ialah bekalan perubatan, kakitangan tambahan dan sokongan logistik untuk menguruskan jumlah pesakit yang semakin meningkat.

Pihak berkuasa memberitahu, kebimbangan utama ialah peningkatan angka korban susulan gempa bumi itu.

Gempa bumi yang berlaku sekitar jam 10 malam waktu tempatan itu menyebabkan kerosakan pada bangunan, jalan raya dan infrastruktur di beberapa kawasan, khususnya di bahagian utara pulau tersebut.

Hospital-hospital di Cebu pula dilaporkan sesak dengan orang ramai yang mendapatkan rawatan kecemasan. – 1 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Jangan buang kucing di pasar, hantar ke pusat perlindungan jalan terbaik

Tindakan itu juga satu kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Singaporean mum in uphill battle in Johor shariah court after ex-husband abducts son

Daylin Limonte Alvarez faces complex legal hurdles in getting Malaysian Islamic court to enforce child custody order granted by republic

Related