HEADLINES

‘Jangan payahkan perbincangan dengan syarat yang berat’ pesan PAS pada Umno

12:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS berharap supaya Umno tidak memayahkan perbincangan untuk bekerjasama dengan meletakkan syarat-syarat yang berat dan sukar dilaksanakan.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, jika Umno mahu PAS menunjukkan keikhlasan dalam perbincangan berkenaan, parti itu bersedia dan ia boleh ditunjukkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor.

Katanya, apa yang diharapkan supaya perbincangan berkenaan berjaya dan Umno serta PAS boleh duduk sekali bagi menerokai jalan memastikan undi Melayu pada Pilihan Raya Umum (PRU) tidak akan berpecah.

“Tidak nafikan, Tuan Guru Presiden (Tan Sri Abdul Hadi Awang) selepas menyampaikan kuliah pada pagi Jumaat mengesahkan bahawa Umno dan PAS sudah ada perbincangan untuk menerokai jalan ke arah undi Melayu supaya tidak pecah dalam PRU akan datang

“Tapi saya nak nyatakan kepada Umno secara terbuka, dalam ruang yang dirakam, kalau boleh suara ini sampai ke PWTC. Kepada sahabat kita dalam Umno, jangan memayahkan perbincangan itu.

“Jangan meletakkan syarat-syarat yang berat, syarat-syarat yang payah untuk dilaksanakan sebab langkah Umno bersama PH (Pakatan Harapan) dalam kerajaan sepanjang satu penggal ini sudah membuka banyak mata banyak pihak betapa beratnya negara dipimpin oleh kelompok yang ada di dalamnya DAP,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Pemuda Islam Terengganu 2026 (Himpit) di Pantai Air Tawar, Besut, Terengganu, malam tadi.

Pada Jumaat, Hadi mengesahkan pertemuan telah diadakan antara pemimpin parti PAS dengan Umno di ibu negara, pada Khamis.

Ahli Parlimen Marang itu merujuk perjumpaan itu sebagai ‘pertemuan biasa’, tetapi beliau tidak menghadirinya ketika spekulasi kerjasama Muafakat Nasional (MN) 2.0 hangat diperkatakan.

Semalam, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pertemuan antara pemimpin PAS dan Umno itu hanya membincangkan mengenai soal kolaborasi bagi memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara.

Menurut Zahid, pertemuan itu tidak melibatkan presiden parti.

Jelasnya, Umno sememangnya kerap mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk rakan dalam parti komponen Kerajaan Perpaduan.

Dalam pada itu, Fadhli berkata, pihaknya yakin Umno dan PH akan bertembung sesama sendiri malah ia sudah ditunjukkan menerusi PRN Johor di mana Umno mengisytiharkan akan bertanding di seluruh negeri itu.

“Kita yakin Umno -Ph akan bertembung sesama sendiri. Mereka dah bertembung dan Umno isytihar mereka akan bertanding di seluruh johor mereka akan bertanding,’’ katanya.

DUN Johor, yang mempunyai 56 kerusi dibubarkan berkuatkuasa 1 Jun selepas mendapat mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

PRN Johor ke-15 diadakan pada Mac 2022 dan pada pilihan raya itu, Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri selepas menang 40 daripada keseluruhan 56 kerusi DUN yang dipertandingkan. – 6 Jun, 2026

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

Related