HEADLINES

Nahas Plaza Tol Bukit Kajang: Video pemandu lori terjun awal selamatkan diri tular

Video berdurasi 33 saat itu memaparkan detik-detik sebelum kejadian, termasuk ketika pelanggaran yang meragut satu nyawa dan mencederakan tujuh yang lain

9:35 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Rakaman video papan pemuka seorang pemandu lori melompat dari kenderaan sebelum nahas di Plaza Tol Bukit Kajang hingga mengorbankan seorang bayi, Sabtu lalu yang sedang tular, mencetus persoalan baharu.

Video berdurasi 33 saat itu memaparkan detik-detik sebelum kejadian pada kira-kira jam 11 pagi, termasuk ketika pelanggaran berlaku yang turut mencederakan tujuh yang lain.

Menerusi pemerhatian, kelihatan pemandu lori nekad terjun keluar dari kenderaan yang sedang bergerak laju, dalam satu jarak sebelum merempuh plaza tol.

Keadaan huru-hara selepas pelanggaran, dengan serpihan bertaburan di seluruh kawasan plaza tol turut dirakam.

Rakaman berkenaan secara tidak langsung menyokong kenyataan awal polis bahawa lori berkenaan tidak lagi dipandu manusia ketika ia merempuh plaza tol, dipercayai selepas pemandunya terjun meninggalkan kenderaan akibat kegagalan brek.

Kejadian itu membabitkan lori tiga tan, Nissan X-Trail milik Jabatan Kerja Raya (JKR) Shah Alam, Honda City, serta Proton X70.

Dalam kejadian itu, seorang bayi lelaki berusia setahun maut akibat tersepit di bawah kenderaan Nissan X-Trail.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang, Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati pemandu mendakwa brek lori gagal ketika dalam perjalanan dari Semenyih ke Putrajaya.

Susulan kejadian, polis menahan pemandu lori berusia 42 tahun, namun dibebaskan dengan jaminan polis.

Siasatan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah membabitkan dua kesalahan, termasuk satu berkaitan dadah, serta empat saman trafik.

Pemandu turut mengaku melompat keluar dari lori selepas mendakwa brek kenderaan mengalami kegagalan.

Hasil ujian air kencing dan alkohol yang dijalankan ke atasnya ketika kejadian didapati negatif.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Berdasarkan rekod, lori terbabit kali terakhir diselenggara pada April 2024. – 4 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

América de Cali moves to terminate Rodrigo Holgado amid FIFA suspension case

Colombian football journalist Pipe Sierra claims that the club has begun legal proceedings to end the 28-year-old’s contract after receiving the latest response from FIFA’s Appeals Committee

Early Melaka, Johor polls could redefine BN-PH ties ahead of GE16: analysts

Barisan Nasional’s desire to contest the state elections without Pakatan Harapan would be a litmus test for its true strength, bargaining power, and future alliance strategy

Sabah UMNO chief Bung Moktar dies at 66

The Kinabatangan MP passed away early Friday morning, with leaders across Sabah mourning the loss of a prominent political figure who contributed significantly to the state’s development

Related