HEADLINES

Sean ‘Diddy’ Combs dihukum penjara lebih 4 tahun

Kejatuhan Combs bermula pada September 2024, apabila dia ditahan atas tuduhan termasuk terbabit sindiket jenayah yang mengaitkannya melakukan penderaan seksual

10:21 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mogul industri muzik Amerika Syarikat (AS), Sean “Diddy” Combs dijatuhi hukuman penjara lebih empat tahun selepas disabitkan dengan jenayah berkaitan pelacuran.

Komposer dan penyanyi rap tersohor itu menyifatkan nasib menimpanya cukup merendahkan martabat dan menghancurkan jiwa.

Sebelum ini Combs, 55, memiliki segalanya. Kekayaan, kemahsyuran dan kuasa untuk memenuhi kemahuannya, namun kini kehidupan glamour itu musnah setelah lebih setahun meringkuk di penjara.

Reputasinya lebih buruk apabila seorang hakim memutuskan Combs akan terus meringkuk dalam penjara untuk beberapa tahun lagi.

“Aku benci diriku sekarang. Aku hanyut dalam kerakusan. Aku hanyut dalam egoku,” luah Combs.

Bagi seorang tokoh besar muzik dan hiburan dunia yang memiliki sejumlah banglo mewah, jet peribadi, empayar perniagaan serta deretan anugerah, kejatuhan ini disifatkan luar biasa.

Kejatuhan Combs bermula pada September 2024, apabila dia ditahan atas tuduhan termasuk terbabit sindiket jenayah yang mengaitkannya melakukan penderaan seksual.

Dia didapati bersalah selepas dua hari perbicaraan berlangsung, oleh 12 juri warga New York atas dua pertuduhan berkaitan pelacuran.

Combs dibebaskan daripada tuduhan lebih berat iaitu pemerasan dan pemerdagangan seks. Walau keputusan itu tidak seperti diharapkan pihak pendakwaan, namun bapa kepada tujuh anak itu tetap akan menjalani hukuman berat.

Jenayah dilakukan Combs tidak mungkin akan dapat membersihkan nama selebriti itu buat selama-lamanya, kata hakim. – 4 Oktober, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related