◉ HEADLINES

DUN Sabah dibubar hari ini

Pengumuman dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman

3:25 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan hari ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ketua Menteri Bersama Wakil Rakyat Kerajaan Sabah di Menara Kinabalu, yang merupakan pusat pentadbiran negeri, pada 2.54 petang ini.

Hajiji memberitahu, pengumuman berkenaan dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman, lapor Bernama.

Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam yang juga Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) serta anggota Kabinet Negeri.

Presiden parti komponen GRS turut hadir ialah Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Su Phin, Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Tan Sri Liew Yun Fa dan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Tan Sri Anifah Aman.

Turut hadir Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Datuk Ewon Benedick yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), serta pemimpin PH Sabah lain antaranya Pengerusi DAP Sabah Datuk Phoong Jin Zhe.

DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan manakala enam lagi merupakan Ahli DUN yang dilantik.

PRN Sabah Ke-16 pada 2020 menyaksikan GRS yang ketika itu berada dalam gabungan Perikatan Nasional bersama Barisan Nasional (BN) dan PBS serta sokongan Ahli DUN bebas, berjaya membentuk kerajaan Sabah dengan memperoleh 41 daripada 73 kerusi dipertandingkan.

Parti Warisan pula meraih 23 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi sembilan kerusi.

GRS didaftarkan secara rasmi pada Mac 2022 dianggotai Bersatu, PBS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP), tanpa penyertaan BN dan PAS.

Bagaimanapun, pada November tahun sama, Hajiji dan pemimpin Bersatu telah bertindak keluar daripada parti tersebut seterusnya menubuhkan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), sebelum Bersatu kemudiannya digugurkan daripada GRS.

Pada Januari 2023, BN telah menarik balik sokongan terhadap kerajaan Sabah yang ketika itu dipimpin GRS namun PH mengambil keputusan untuk menyokong kerajaan negeri seterusnya mengekalkan kerajaan Sabah sedia ada dan Hajiji sebagai Ketua Menteri.

Khamis lepas Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun menyatakan memaklumkan STAR serta SAPP akan bertanding secara berasingan pada PRN Sabah ke-17, dengan menggunakan logo parti masing-masing. 

Tindakan itu menyebabkan kedua-dua parti terbabit tidak lagi dianggap sebahagian daripada GRS, berikutan keputusan Majlis Tertinggi yang menetapkan bahawa mana-mana parti komponen bertanding menggunakan logo sendiri akan terkeluar daripada gabungan.

Kini, GRS dianggotai Gagasan Rakyat, PBS, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) serta Parti Cinta Sabah (PCS) dan gabungan itu mempunyai 42 kerusi DUN.

Sementara itu, Parti Warisan (14), BN (12), PH (7), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (2) dan PAS (1).

Kerusi DUN Sungai Sibuga kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain daripada BN pada Januari lepas. – 6 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

What will we call for next? A ban on cheap cigarettes, tuak and kapcais? – Rocky Bru

While concerns over drug-laced vapes grow, a blanket ban could backfire by wiping out businesses, threatening jobs, pushing trade underground amid weak enforcement and open tank loopholes

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

MCMC condemns viral Quran desecration video, vows legal action as investigation continues

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) has stepped up efforts to identify an individual seen disrespecting the Al‑Quran in viral social media clips, warning the public against spreading incendiary content that could threaten national harmony

◉ Related